Monday, October 8, 2012

ZULKAEDAH 22- MENCARI PENGHUJUNG TASIK PUTRAJAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Syaitan itu menjanjikan ( menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau berderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji ( bersifat bakhil kedekut) sedang Allah  menjanjikan kamu ( dengan) keampunan daripada- Nya kelebihan kurnia-Nya. Dan ( ingatlah) Allah Maha Luas limpah rahmatnya lagi sentiasa Meliputi Pengetahuannya.( terjemahan ayat 268 surah Al Baqarah Juzuk 3)

Sabtu  dan Ahad cycling di tasik Putrajaya.
Teringin untuk menyusuri tasik, tasik ke? di mana agak penghujungnya?

Kami memulakan pengembaraan dari MONUMEN ALAF BARU
Pagi hari cuti memang ramai orang berbasikal.
Dekat dengan sini ada pot  berbasikal 'UMAI CAFE'

Kami teruskan perjalanan. Ikut saja laluan basikal yang disediakan di tepi tasik tu.
Itu HIDDEN BRIDGE...
Indahnya di tepian tasik di bawah pohon kelapa comel!



Cruise lalu...

Teruskan lagi.....
Kami menyusuri jalan basikal hingga laluan agak sunyi, tempat pembinaan . Jalan lagi...
Kami lalu ke bangunan yang saya kira kementerian paling jauh, teruskan lagi, kami  menemui  kawasan perumahan..
Kami sampai ke jalan penamat bagi basikal.  Tapi tasik masih kelihatan ....

Kami patah balik menaiki bukit dan menemui jalan basikal lagi dan juga tasik.

Jalan lagi dan lagi....

Kami menemui satu tempat yang sangat cantik, kolam memanjang yang penuh teratai berbunga.
Satu lagi lokasi dibuat seakan-akan pantai kecil, berbatu-batu. Syahdu betul!

Jalan lagi dan lagi...Temui lagi jalan mati...

Tiba-tiba akhirnya kami hampir sampai ke tempat permulaan!( 1 jam 15 minit)

Ketahuilah saya bahawa  tasik buatan ini dibuat mengelilingi kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya.( Lihat peta) JPM tidak termasuk.

InsyaAllah kami akan selalu ke sini.
-
Alhamdulillah.

'Katakanlah (wahai Muhamad) " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu ( untuk menerima balasan)"
(Terjemahan ayat 11 Surah As Sajadah Juzuk 21)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.




2 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : kat putrajaya tu ade tmpt sewa basikal tak? kat maner tu? berapa sewanya... nak rasa gak lah berbasikal keliling putrajaya...

Kakzakie Purvit said...

Berbasikal memang exercise yg menyeronokkan. Kakak ingat cuti sekolah hujung tahun ini kakak nak belajar naik basikallah Kak ju hihi...