Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Nabi Muhamad saw berasal dari tanah Arab. Arab dari segi bahasa bermakna padang pasir dan belantara serta tanah gersang yang tidak mempunyai sumber air serta tumbuhan.Jadi bangsa yang meneroka dan menjadikan tempat itu sebagai penempatan dikenali dengan panggilan bangsa Arab.
Sejarawan membahagikan bangsa Arab kepada 3 kumpulan. Arab Bai'dah ( Arab kuno spt bangsa Ad, Thamud, Tism, Judays dll), Arab 'Aribah dan Arab Musta'ribah( bangsa Arab berasal dari keturunan Nabi Ismail dikenali Arab Adnan).
Arab Musta;ribah bernenek moyangkan Nabi Ibrahim. Baginda berasal dari kg Ar di Iraq(di pesisiran barat sungai Furat berhampiran Kufah).Baginda meninggalkan Iraq ke Harran dan Palestin dan menjadikannya sebagai pusat dakwah. Baginda mengembara. Di Mesir, Allah mengagalkan rancangan Firaun dan akhirnya Firaun menghadiahkan Hajar kepada Sarah isteri Nabi Ibrahim. Kemudian Hajar berkahwin dengan Nabi Ibrahim. Hajar melahirkan Nabi Ismail. Mereka dibawa ke Hijjaz( Mekah) yang ketika itu tidak berpenghuni.
Ketika makanan habis, terpancarlah mata air zam-zam.
Kemudian datang kabilah dari Yaman ( generasi Jurhum ke tiga) mendiami Mekah dengan kebenaran Hajar.( sebelum ini mereka hidup berpindah randah sekitar lembah-lembah Mekah.)
Nabi Ibrahin berangkat ke sana dari masa ke masa.( ada sumber mengatakan hanya 4 kali)
Di pertemuan ketiga Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mereka membina Kaabah dan mengangkat tapak asasnya.Nabi Ibrahim menyeru manusia supaya menunaikan ibadat haji sebagaimana yang diperintah Allah.
Allah mengurniakan Nabi Ismail dengan 12 anak lelaki hasil perkahwinannya dengan puteri Mudad. Maka lahirlah 12 kabilah yang kesemuanya dalam satu masa pernah mendiami Mekah. Sumber kehidupan mereka ialah berdagang dari Yaman ke Syam dan Mesir. Dari sini kabilah ini bertebaran keseluruh Semenanjung Arab.
Dengan berlalunya masa, keturunan mereka pupus sedikit demi sedikit melainkan keturunan Nabit dan Qaydar.Anak pinak Qaydar masih terus mendiami Mekah.Di antara mereka yang berasal dari keturunan ini ialah Adnan dan anaknya Ma'ad. Berasal dari 'Adnan inilah orang-orang Arab 'Adnan mendapatkan nasabnya.
Adnan adalah datuk nabi Muhamad yang ke 20 dalam salasilah nasab Baginda.
Dikatakan juga bahawa zaman antara Adnan dan Nabi Ibrahim diselangi 40 orang bapa
Keturunan Ma'ad dan anaknya Nizar berpecah kemerata tempat. Nizar mempunyai 4 anak.Lahir 4 kabilah besar.( Iyad, Anmar, Rabiah dan Mudar). Rabiah dan Mudar mempunyai keturunan yang ramai.Hinggalah keturunan Iiyas bin Mudar iaitu Tamim bin Murah, Hudhayl bin Mudrikah, Bani Asad bin Khuzaymah dan anak cucu Kinanah bin Khuzaymah.
Daripada Kinanah inilah lahirnya Bani Quraish. Bani Quraish ialah anak cucu Fihr bin Malik bin al nadr bin Kinanah.
Bani Quraish terbahagi kepada banyak kabilah. Terkenal ialah Jumah, Sahm. Adiy, Makhzum, Tayyim, Zuhrah, anak cucu Qusay bin Kilab iaitu Abdul Dar bin Qusay, Asad bin Abdul Uzza bin Qusay dan Abdul Manaf bin Qusay.
Abdul Manaf mempunyai 4 anak - Abd Sham, Nawfal, al Muttalib dan Hasyim.
Daripada keluarga Hasyim inilah Allah memilih nabiNya Muhamad bin Abdullah bin abd Mutalib bin Hasyim.
Rasullah saw bersabda yang maksdnya " Sesungguhnya Allah memilih daripada anak Ibrahim akan Ismail dan daripada anak Ismail akan Kinanah. Daripada Kinanah, Allah memilih Quraish dan daripada Quraish dipilihnya anak pinak Hasyim dan aku dipilih daripada anak pinak Hasyim.
Muhamad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim( Amru) bin Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Iias bin Mudhar bin Nizar bin Ma;ad bin 'Adnan.( 20 bapa dari Abdullah )
Adnan hingga Nabi Ibrahim ( 40 bapa).
Rujuk:
-Sirah Nabawiyyah - Yayasan Dakwah Islamiah Msia.
-Biografi Agung Rasullah-Mustread.
'Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali'
(HR Muslim)
'Barang siapa berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa'
(HR Ibnu Hibban).
-
Jom berselawat.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
2 comments:
Hari ini kakak dah berselawat entah berapa kali dah Kak ju sebab anak-anak periksa semuanya. Doakan anak-anak kakak ye:)
Sirah nabawi yg patut kita baca berulang ulang kan..:)
Post a Comment