Wednesday, October 17, 2012

ZULHIJJAH - BULAN ISTIMEWA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sabda Rasulullah saw " Tidak ada hari yang amalan kebajikan padanya lebih disukai Allah daripada 10 hari (awal Zulhijjah). Maka sahabat berkata : Walaupun jihad di jalan Allah? Maka Nabi bersabda ( maksudnya) Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan lelaki yang keluar ( berjihad) dengan diri dan hartanya, maka dia tidak pulang dengan membawa apa-apa daripadanya ( diri dan harta)- riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Sebahagian ulama menyebut - 10 hari Zulhijjah lebih afdal daripada hari dalam setahun dan malamnya lebih afdal daripada 10 malam terakhir ramadan selain lailaturqadar.

Seorang sahabat- Abdullah Mas'ud meriwayatkan - Allah memilih empat hari paling istimewa, empat bulan istimewa, empat wanita istimewa, empat golongan terawal masuk syurga dan empat golongan yang dirindui syurga.

    4 hari istimewa - Hari Jumaat, Hari Arafah, Hari Aidil Fitri dan Hari Aidil Adha.
    4 bulan istimewa- Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
    4 wanita istimewa- Maryam, Khadijah. Asiah dan Fatimah.
    4 yang terawal masuk syurga- Baginda Nabi Muhamad mewakili Arab, Salman mewakili Parsi, Suhaib mewakili Rom dan Bilal mewakili Yaman.
    4 yang dirindui syurga - Saidina Ali, Ammar Yasir, Salman dan Miqdad Aswad.

Berdasarkan banyak keistimewaan bulan ini ulama menyarankan diperbanyakkan amal soleh, bertaubat, membaca al Quran, bersedekah, amar makruf nahi mungkar dan bersegera melakukan ibadah.

-
( sumber - Berita Harian 13/10/12- tulisan Ust Zamanuddin Jusoh, Exsekutif Agama NSTP)



6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Hari Arafah sangat istimewa dan pasti siapa yg pernah merasai berada waktu itu akan merinduinya...

kaknor tmj said...

Salam Ju,

Terima kasih kr perkongsian ilmu, moga kita sama2 memperbanyakkan amalan utk mendapat keredhaanNYA

Dr K said...

terima kasih atas tazkirah ini...Zulhijjah tahun ini lebih memberi kesan kepada saya kerana mak ayah saya insya allah akan ke mekah hari jumaat ini...

dhiashahida said...

terima kasih atas perkongsian yg berguna ni..:)
salam kenal yer..:)

azieazah said...

Terimakasih berpesan pesan...

Anonymous said...

Tq for perkongsian yg baik utk semua ni. Salam kenal juga & tq sudi singgah membaca & berkomen di laman KA. Mana ada femesnyer, baru je nk masuk 7 bulan KA bernafas di blog. He He He.. Neway dah follow u juga ye 247.