Sunday, October 14, 2012

PAVLOVA, COKLAT DAN KEK MAT GEBU!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah.

'Hai, orang- orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ( akhirat)  dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan'
(Terjemahan surah Al Hasyr 59: 18 )

Pavlova kegemaran anak-anak.
Jadi memang kerap buat walaupun bentuknya selalu berbeza-beza....
Bahan utama putih telur dan gula.


Rasanya bahan asas tu tercampur sedikit kuning telur. Ia tidak bertanduk, Saya teruskan, bila dibentuk ia agak cair dan melengkar-lengkar... tapi alhamdulillah ia menjadi juga.
Saya letak di atasnya whipp cream yang diputar dan letakkan strawberi, anggur dan beri.
Saya sediakan dua pavlova, satu untuk tetamu dan satu lagi....
Alhamdulillah.. habis!
Strawberi unik!
Mulanya emak nak beli coklat macam ni di Halfest.
Hehe saya ambil peluang tunjuk kat emak coklat dari saya.
Kalau ada bahan, buatnya tak lama.
Cairkan coklat dengan double boiler . Masuk dalam acuan. Kemaskan.
Masuk dalam peti ais 10 minit.
Keluarkan.
Taraa...

Saya juga mencuba kek coklat kukus bercream cheese.
Saya dapatkan resepinya daripada blog Mat Gebu!
Emak turut sama tanya itu ini. Emak kata yang kuning tu apa?
Alhamdulillah rasanya memang sedap, lebih lebih lagi kalau sejuk.


Itulah  kuiih muih yang saya persembahkan kepada emak sepanjang  emak ziarah ke rumah.


'Bertoleransi dan bersangka baiklah wahai diri, sahabat dan rakan. Nescaya dengki, hasad dan buang masa akan menipis. InsyaAllah. ( Ustaz Zaharuddin Abd  Rahman)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.









5 comments:

kak ina kl said...

salam ziarah

whip cream cuma pukul sampai bertanduk sahaja..klu terlebih pukul ia akan cair seperti ais krim..itu pengalaman akak lah

ok per pavlova kamu tu..sedap gak ek nampaknya

kaknor tmj said...

Salam Ju,

Seronok memasak dan mencuba resipi dgn anak2, kalau buat sorang2 agak menjemukan. Meriah rumah Ju kr sering menerima tetamu

afeezz said...

assalamualaikum mama

pavlova tu sy penah rasa tp tak minat sgt pasal terlalu manis... coklat ngan kek tu macam sedap jer... nyam3

azlina wahidina said...

assalamualaikum kak ju...

palova...ina tak pernah rasa tapi tgk anak2 akk bersantap mcm sedap sangat2 tu..

azieazah said...

Bestnya pandai masak itu ini. Saya ni, ntah bila la nak pandai masak. Belajar lama dah, pandainya tak jugak.