Tuesday, October 16, 2012

ZULKAEDAH 30 - SAIDINA UMAR MENANGIS / KETAWA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Katakanlah ( wahai Muhamad) " Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, oleh itu sesiapa yang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
(terjemahan ayat 110 surah Al Kahfi )

Saidina Umar pernah dilihat oleh sahabat-sahabatnya menangis dan kemudiannya ketawa tanpa sebab yang jelas. " kenapa?"

Menangis:

" Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. ketika aku mendapat kabar anak perempuan sejak dari kelahiran lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu hinggalah umurnya enam tahun. Aku sudah tidak tahan lagi , aku membawanya ke padang pasir dn aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main. Dia turut membantuku mengali lubang.
Apabila lubang siap, aku menolaknya dan menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku,masih ingat aku bermain, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan.
Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhamad, kami memuliakan anak lelaki, menghinakan anak perempuan."

Ketawa:

" Apabila aku keluar dari bandar Mekah, biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan. Tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku membawa kurma. Aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan tuhan aku sedikit demi sedikit. Bila teringat kisah itu, aku ketawa sendirian"

(Sumber - Biografi Muhamad bin Abdullah PTS )
-
Ya Allah bantulah kami supaya sentiasa dapat selalu dapat menyebut namaMu, mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan membanguskan ibadat kami terhadapMu. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


No comments: