Friday, September 21, 2012

ZULKAEDAH 5 - LAMANKU dan SURAH AL KAHFI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
'--"-Wahai TUHAN kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi- Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"
(Terjemahan ayat 10 surah Al Kahfi Juzuk 15)

'Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu ( yang hendak dikerjakan) "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan ( hendaklah di sertakan dengan berkata) " insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa: katakanlah " MUDAH-MUDAHAN TUHANKU MEMIMPINKU KE JALAN PETUNJUK YANG LEBIH DEKAT DAN LEBIH TERANG DARI INI"
(Terjemahan ayat 23, 24 surah Al Kahfi)

'Dan jadikan dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharap keredhaan Allah semata-mata......'
(Terjemahan ayat 28 surah Al Kahfi)


'....." Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman: dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang yang berlaku zalim itu api neraka , yang meliputi LAKSANA KHEMAH dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti TEMBAGA CAIR YANG MEMBAKAR MUKA; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya NERAKA sebagai tempat bersenang-senang.'
(Terjemahan ayat 29 surah Al Kahfi)
;
'Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.Mereka itu disediakan baginya SYURGA yang kekal yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera nipis dan sutera tebal yang bersulam. mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin ( yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya demikian itulah SYURGA tempat berehat yang semolek-moleknya.'
(Terjemahan ayat 30, 31 Surah Al Kahfi)


'Dan ( ingatlah) hari Kami BONGKAR dan TERBANGKAN GUNUNG GANANG dan engkau akan melihat ( seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang Mashyar ) seningga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun dari mereka.'
(Terjemahan ayat 47 surah Al Kahfi)

'Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur ( sambil dikatakan kepada mereka) "Kamu sekarang telah datang kepada Kami- ( berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya, bahkan kamu dahulu menyangka Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu( untuk melaksanakan apa yang Kami janjikan)"
(terjemahan ayat 48 surah Al Kahfi )
'Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan.......'
(Terjemahan ayat 49 surah Al Kahfi )
-
Alhamdulillah. Jom baca Quran dan terjemahan.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

kaknor tmj said...

Salam Ju,
Alhamdulillah ... dusun Ju di halaman telah mengeluarkan hasil, terliur kak tengok mangga tu