Thursday, September 20, 2012

ZULKAEDAH 4- TERCATAT SUDAH DLM SEJARAH MARYAM IBU NABI ISA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan ayat 33, surah A-Li imraan Juzuk 3
'Sesungguhnya Allah memilih Nabi Adam, Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala ummat ( yang ada pada zaman mereka masing-masing )

Terjemahan ayat 35 surah A-Li Imraan Juzuk 3
'( ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Tuhanku, sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas ( dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata) maka terimalah nazarku: sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'

 Semua gambar ketika di FRIM, Kepong, Selangor.

 Terjemahan ayat 36, surah A-Li Imraan
'Maka apabila ia melahirkannya, berkata ia "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan ( sedang yang aku harapkan anak lelaki) - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkan itu- dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya MARYAM dan aku perlindungkan dia dengan  pemeliharaanMu. Demikian juga keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)
Terjemahan ayat 37 surah A-Li Imraan.
'Maka ia ( Maryam) yang dinazarkan oelh ibunya diteima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dipelihara oleh NABI ZAKARIA. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria  menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki ( buah-buahan yang luar biasa)  di sisinya. Nabi Zakaria bertanya " Wahai Maryam, dari mana engkau dapat buah-buahan ini?"
Maryam menjawab" Ia dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira"

Terjemahan ayat 45, 46 surah A-Li Imraan Juzuk 3
'( ingatlah) ketika Malaikat berkata " Wahai Maryam, Bahawasanya  Allah memberikan kabar  yang mengembirakan mu dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan ) Kalimah daripada Allah, nama anak itu Al Masih 'isa ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan ( diberi  kemulian di sisi Allah).Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa  ia masih kecil dalam buaian dan semasa ia dewasa dan ia adalah orang-orang yang soleh"

Maryam berkata " Waai Tuhanku ! Bagaimana  aku akan beroleh seorang anak , padahal  aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya:apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya " Jadilah engkau , lalu jadilah ia"
(Terjemahan ayat 47 surah A Li Imraan)



 
Terjemahan ayat 16 -20 surah Maryam Juzuk 16
'Dan bacakanlah ( wahai Muhamad) di dalam Kitab Al quran ini perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat di sebelah timur. kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami hantarkan kepadanya : Ruh dari Kami: lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata " Sesungguhnya aku berlindung kepada( Allah) Ar Rahman daripada (gangguan) mu,kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
'Ia berkata" Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci"Maryam bertanya  (dengan cemas) " Bagaimana aku akan mendapat seorang anak lelaki padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat?"

'Ia menjawab"Demikianlah keadaanya- tak usah dihairankan: TuhanMu berfirman :Hal itu mudah bagi-Ku dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah satu perkara yang telah di tetapkan berlakunya.
(Terjemahan ayat 21 surah Maryam Juzuk 16) 

' Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencikan diri dengan kandungannya ke sebuah tempat yang jauh.((ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar)i  ke pangkal sebatang pohon tamar: ia berkata :"Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!"
(Terjemaham ayat 22,23 surah Maryam)

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya" Janganlah engkau berdukacita( wahai Maryam) sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah  dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang meruncingkan. Kemudian kalau engkau melihat manusia, maka katakanlah:" Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana ( Allah) Ar  Rahman:( setelah aku menyatakan demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini"
(Terjemahan ayat 24,25, 26 Surah Maryam)

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka  pun menemplak dengan berkata" Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!". " Wahai saudara peremuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya dan ibumu bukanlah perempuan yang jahat!"

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata ( dengan hairan) " Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang kanak-kanak yang masih dalam buaian?"

 Ia menjawab"Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Ia telah memberikan kepadaku kitab ( injil) dan Ia telah  menjadikan daku seorang Nabi. Dan Ia menjadikan daku  seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta ( diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong, takbur dan derhaka. Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilmpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati serta ada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)
(Terjemahan ayat 27- 33 surah Maryam)

Yang demikian sifat-sifatnya itulah 'Isa Ibni Maryam.
(Terjemahan ayat 34 surah Maryam)

-
Alhamdulillah.

1 comment:

makchaq said...

Sesungguhnya Allah Maha berkuasa..Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungannya.

Sekarang dah mula balik fenomena buang bayi.. bagi makchaq yang ada anak dara dan anak teruna memang takut dan sentiasa mengharapkan perlindungan Allah ...