'Katakanlah ( wahai muhamad) Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah ) Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
(terjemahan ayat 31 surah A-Li Imraan)
SAHABAT NABI SAW
39- SUHAIL BIN AMRU
Beliau adalah tawanan tentera islam dalam perang Badar. Beliau pernah diutus oleh Kaun Quraisy untuk bertemu Nabi saw dalam peristiwa menghalang Nabi memasuki Kota Mekah untuk menunaikan umrah ziarah di Haram. Suhail memeluk islam di hari pembebasan Kota Mekah. Semasa keislamannya, beliau menjadi seseorang yang hebat dalam beribadah dan zuhud dalam kehidupan.
Di hari kewafatan Nabi saw, umat islam menjadi huruhara samada di Madinah maupun di Mekah. Jika di Madinah Saidina Abu Bakar menenangkan orang islam manakala di Mekah, Suhail pula bertindak seperti seperti Abu Bakar dengan ucapan-ucapannya.
40-ABBAD BIN BISHIR
Beliau memeluk islam di tangan Mush'ab bin Umair.
Beliau memilik suara yang merdu ketika membaca Al Quran.
Banyak terlibat di dalam peperangan yang dipimpin oleh Nabi saw. Dalam setiap peperangan beliau ditugaskan membawa Al Quran.
Dalam satu peperangan, beliau dan Ammar ditugaskan berjaga malam. Abbab pun berjaga seorang diri kerana memberikan Ammar berehat untuk berjaga pada sessi seterusnya. Sedang beliau bersolat dan membaca Al Quran, tiba-tiba beliau dipanah oleh seorang lelaki yang isterinya ditawan oleh tentera islam. Abbad yang luka parah mmeneruskan solat dan bacaannya dan dia dipanah lagi namun dia tidak ingin memutuskan solat dan bacaannya. Setelah selesai solat, dia merangkak ke arah Ammar dan mengejutkannya dengan berkata"Wahai sahabat, bangunlah aku sudah cedera dan lemas"
Sumber: Biografi Rasulullah- Rusydi Ramli.
Sembahyang Jumaat hingga melimpah ke jalan raya di wilayah London. |
Di Moscow, jemaah sembahyang Jumaat juga melimpah ke jalan raya. Yang saya terjumpa- di Masjid Jamek Kuala Lumpur , jemaah sembahyang Jumaat juga melimpah hingga ke bangunan LRT Masjid Jamek. |
Sembahyang terawih di Iskandariah, Mesir. Dikatakan satu juta jemaah bersembahyang bersama. |
Terharu melihat mereka teresak-esak mendengar bacaan imam. - Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
1 comment:
As salam mamaju,
ALLAHUAKBAR! Pandangan yg amat luar biasa! :))
Luar biasa sungguh keimanan sahabat Rasullullah SAW... cerita ttg Abbad Bin Bishir benar2 memberi kesan pd saya...
Post a Comment