Friday, August 10, 2012

Ramadan 22- Sahabat nabi saw / Masjid Syeikh Abu Zayed, Abu Dhabi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

'(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menberi zakat: mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(terjemahan ayat 12 surah An Nur)

SAHABAT NABI SAW

37-KHABBAB BIN AL ART
Beliau seorang yang mahir dalam membuat senjata.
Orang yang diseksa paling teruk sehingga dagingnya masak akibat dibakar dan pernah kepalanya dibakar dengan besi panas. Tidak keluar dari mulutnya suara kesakitan keran tidak mahu timbul di hati orang yang menyeksanya rasa puas dan gembira.

Khabbablah yang mengajar adik Saidina Umar ( Fatimah Al Khattab dan suaminya Said bin Zaid) membaca Al Quran.

38-KHUBAIB BIN 'ADI
Beliau seorang pahlawan berani mati. Terlibat dalam perang badar dan berjaya membunuh Al Harith bin Amir bin Naufal.
Akhirnya Khubaib ditawan dan telah shahid keran disula.Beliau disalib dan diseksa secara perlahan-lahan serta pernah di beri tawaran " Mahukah tempat kamu di ganti oleh Muhamad?" Khubaib berkata "Demi Allah ,u tak mahu bersenang-senang bersama isteri dan anak-anak sedangkan Rasulullah dalam keadaan sengsara walaupun tertusuk duri"

sumber: Biografi Rasulullah- Rusydi Ramli Al Jauhari- Mustread.
Masjid Sheikh Abu Zayed, Abu Dhabi.



Rekabentuk dalaman yang mewah.

Ya Allah,Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam kepada semulai2 Nabi, keluarga dan sahabat2nya.

Ya Allah, sesungguhnya kami banyak menganiayai diri sendiri iaitu banyak melakukan dosa dan tiadalah sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau, maka mohon Engkau ampuni kami dan berikanlah kami rahmat.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Kami mohon ketetapan rahmatMu, kami mohon syurgaMu dan Jauhkanlah dari api neraka.

Ya Allah, matikanlah kami dalam iman, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.
AMIN.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
-

No comments: