Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Iaitu orang yang berdoa dengan berkata :"wahai Tuhan kami.sesungguhnya, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka"(Dan juga ) orang-orang yang SABAR(dlm menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang BENAR(perkataan dan hatinya) dan orang yang sentiasa TAAT(akan perintah Allah) dan orang yang MEMBELANJAKAN HARTANYA ( pada jalan Allah) dan orang-orang yang BERISTIQFAR( memohon ampun) pada waktu sahur."
(terjemahan ayat 16 dan 17 surah A-Ali Imraan)
Mulanya selamat menunaikan puasa esok hari di bulan ramadan Al Mubarak yang mulia ini.
|
Longan ini cuma sepokok. Sebelum buahnya habis baik saya abadikan. |
|
Lebat berbuah. |
|
Satu tangkai hanya 6,7 biji. |
|
Ada yang masih bunga, ada yang dah masak. Tak sekata. |
|
Rasanya sangat manis.... |
|
Walau setangkai cuma satu...Alhamdulillah.
'Katakanlah (wahai Muhamad) Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu. Dan( ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani' (ayat 31 surah A-Li imraan)
- Sebarkan amal dan semarakkan amal. |
2 comments:
Salam Ju,
Selamat menyambut Ramadhan , semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yg lepas
Selamat menyambut Ramadhan, Ju. Puas hati ye makan buah longan tanaman sendiri.
Post a Comment