Wednesday, July 18, 2012

ANAK DUTA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) Dan kalau pula kamu menyembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu: Dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan'
(Terjemahan ayat 271 ayat Al Baqarah)

Ahad- Satu majlis perkahwinan telah berlangsung di Dewan Gutrie, Bukit Jelutung antara Afifi Dato Dr Fakaruddin dengan Izati Dato Zainal Abidin.
D
Majlis meriah serba biru.
Afifi pelajar kejuruteraan di UK dan Izati pelajar perubatan di Mesir.
Majlis di mulakan dengan perarakan masuk pengantin dan kemudian terus ke meja pengantin.
Moga Allah merahmati kedua mempelai.

Deko majlis dan pulut kuning.

Cenderahati- Al Quran, manisan dan bahulu.

Terimakasih banyak-banyak Dato dan Datin.
-
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon dariMu kebajikan seluruhnya yang segera dan yang akan datang yang Engkau ketahui dan kami tidak ketahui.Dan kami berlindung dengan Engkau daripada seluruh kejahatan/keburukan kini dan akan datang. Ya Allah sesungguhnya kami memohon syurgaMu dan segala kenikmatannya dan juga sesuatu yang mendekatkan kepadanya daripada pengucapan, perbuatan, amalan , niat dan iktikad. Dan kami berlindung dengan Mu daripada neraka. Amin.


7 comments:

Unknown said...

As salam mamaju,

Doorgifts tu nampak menarik sgt! :))

Unknown said...

Mama Ju.. waahh asyik jalan2 jer.. jeles i ... ha ah lah mama saya kat serendh rawang.. jauh memng jauh.. tapi .. :D

Saya Disini said...

cntik

Anonymous said...

Canggih Kamera Kak Ju sekarang ni. Tabik lah saya. hehehe. - Hj. Zainul

atuk said...

Assalamualaikum Mam Ju

moga pasangan ini diberkati oleh Allah


Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak

ainhany said...

salam mamaju,

sama cantik...seiya sejiwa: Barokallah buat pengantin dan keluarganya..

mama ..cantik doorgift tuh..kreatiflah mereka memberi..

Kakzakie Purvit said...

Pasangan yg pandai dan manis/ayu. Doorgift tu special betul.

Selamat menyambut ramadhan Kak Ju dan maaf dari kakak ye.