Thursday, June 14, 2012

TRAVELOG ( 11 ) ROYAL REGALIA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abi hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oelh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Riwayat Ahmad dan Muslim )
Royal Regalia ni macam tempat wajib bagi pelancong.  Saya bertemu dengan DPB dalam perjalanan ke sini. Teringin nak masuk...
Oh, sebelum ke sini saya berada di masjid Sultan Haji Omar. Rugi saya tidak bertemu pegawai masjid, dengar cerita mereka boleh tunjukkan dinding emas. carpet 1 juta...
Ada ciri-ciri seperti DBP Malaysia.
Bangunan Royal Regalia ni berhadapan dengan Jabatan Istiadat.


Ini bangunan Royal Regalia. Ia merupakan muzium  mengenai kesultanan dan alat kebesaran Brunei.
Ia di bahagikan kepada 4 bahagian.
1- Alat kebesaran Di Raja.
2- Galeri pameran Di Raja.
3- Galeri  Jubli Perak
4- Galeri Sejarah Perlembangan,

Walaupun perkataan  Muzium macam tidak menyeronokkan tapi cubalah ke sini, banyak yang menarik !

Mula-mula buka kasut dan gunaka selipar kertas yang di sediakan. Simpan segala-galanya di kotak yang disediakan (beg duit, telefon...) Petugas berkata "Jangan bimbang, ada kamera yang merakam..)

Kamera juga tidak boleh dibawa ke tempat pameran.

Maka bermulalah belajar sejarah.....Mula dengan mengenali sultan....

Alat-alat kebesaran mungkin lebih kurang dengan kesultanan melayu lainnya. Tapi di sini ada tongkat emas, payung emas, kucing emas. Di katakan bukan bersadur emas, tapi 100 % emas!

Di galeri Jubli Perak berkisar tentang Jubli Perak Sultan dan kenaikan takhta pada 1992.Di dekokan pengangkutan  sebenar . Saya amat terkejut dan berdebar bila mula berada di kawasan ini. Terlihat hampir ratusan  berpakaian seragam hitam sedang mengusung / mengiringi kenderaan di Raja.

Bahagian ini memang mengujakan....

Berjam jugalah di sini. Macam-macam ada..Kita juga akan di bawa konon-kononnya menjelajah istana Nurul Iman.

Setelah turun naik tangga, kami membeli sedikit cenderahati dan mengambil barang-barang pribadi kami.
Lepas tu baru boleh mengambil gambar di tempat yang di sediakan.




Contoh Pengangkuti DiRaja semasa perarakkan.



Pengawal yang serius dan berdiri tegak...





Payung-payung ini bernama...tapi saya lupa.

Alhamdulillah, walau penat menjengah dan menbaca sana sini tapi puashati!

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.


3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Saya suka payung-payung. siap dengan rambu ramba. Garang nampaknya 'pengawal' yang bertugas tu.

kaknor tmj said...

salam Ju
menyeluruh nampaknya lawatan Ju sekeluarga ke Brunei, mcm mana dgn kotarayanya...

mamaina said...

Salam Akak Ju
T.kasih kerana menulis tentang lawatan di Brunei. saya sefamily akan ke sana sept ni. Tercari2 juga tempat utk dilawati. Terbaca blog akak amat mengujakan dan tak sabar rasanya nak ke sana.