Wednesday, June 13, 2012

TRAVELOG ( 10 ) MASJID OMAR ALI SARIFUDEEN.

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan pada orang lain'
(riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan Al Drarqutni)
Sesiapa bertandang ke Brunei, pasti terpandang masjid cantik ini.
Masjid ini di namakan Masjid Sultan Omar Ali Sarifudeen, masjid ayahanda Sultan sekarang.
Di hari pertama ketibaan lagi dah teringin bersembahyang di sini. Kami kira kami akan dibawa bersembahyang magrib/ isyak di sini Mereka tanya " Masjid haji atau....?"Saya fikir inilah Masjid Sultan Haji, hehe rupanya salah maklumat...kami dibawa bersembahyang di Masjid Sultan Haji...(saya kira sebenarnya pelawat elok dibawa ke masjid Sultan Haji Hasanal Bolkiah dahulu..)
Gambar google.

 
Dibina mulai Februari 1954 di atas sebidang tanah seluas lima ekar di pinggir  Sungai Brunei.
Dirasmiakan oleh Baginda Maulana Al Sultan Haji Omar Ali Saifudien pada hari Jumaat 26 September, 1958.
Masjid ini boleh menampung 3000 jemaah. Di katakan mengunakan dana 5 juta USD.
Gambar google.
Orang awam tidak dibenarkan mengambir gambar bahagian dalam masjid.
Gambar google.



Kubah emas nampak warna keemasannya. Ada escalator untuk naik meninjau-ninjau kawasan sekeliling.

Dapat juga kami menjejak kaki ke sini.
Selepas sembahyang.


Saya ambil gambar ni dari tempat wudhu lelaki.

Sebenarnya kami tercari-cari di mana tempat wudhu perempuan. Arahan ke kanan  tu kurang jelas, sudahnya ramai yang berwudhu di tempat lelaki- nun di belakang tu...
Tempat wudhu lelaki.
Akhirnya bertemu tandas dan tempat wudhu perempuan. Disebelah bawah.
Tandas tu agak kurang terjaga. ( maaf )

Pemandangan dari bilik wudhu lelaki.

Saya turun lagi ke bawah.



Papan tanda masjid.


Pemandangan dari pintu masok.
Pemandangan dari jauh berlatarkan Komplek Yayasan.


Alhamdulillah.

Saya hanya sempat melihat ruang sembahyang sepintas lalu sahaja Hanya sebaris ruang untuk wanita. Alangkah indah nya jika ruang wanita agak terbuka, bolehlah kami meninjau-ninjau keindahan hiasan dalaman masjid.

Dari masjid kami bergerak ke Muzium Alat Kebesaran di Raja. (Regalia)

Ya Allah, kami bermohon kepadaMu, akan jalan-jalan yang memudahkan kami mendapat rahmatMu dan keampunanMu, dan keselamatan dari tiap-tiap dosa dan keuntungan tiap-tiap kebajikan dan kemenangan dengan syurga dan keselamatan dari neraka. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Ayah Zain said...

SubhanaAllah,
Cantiknya. itulah kebersaran Allah

Hjh Noralenna Abbas said...

Hebat masjidnya! tapi saya kurang faham mengapa kebanyakan masjid tidak dijaga tandasnya????
Ju, nak identify 'the two words',2 kali cuba!

afeezz said...

assalamualaikum mama : baru tau nama masjid ni aper.. hehehe

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Indahnyaaaaa...

tapi sayang....tandasnya....