19 Jamadil Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhamad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Nabi Muhamad SAW nampak Jibrail AS.
'Tidak lain (Al Quran itu ) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. Yang mempunyai keteguhan, maka (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli (rupa yang bagus dan perkasa ).Sedang ia duduk di ufuk yang tinggi. Kemudian dia memdekat ( pada Muhamad ),lalu bertambah dekat. Sehingga jaraknya (sekitar) dua busur panah atau lebih dekat (lagi).Lalu disampaikannya wahyu kepada hambaNya ( Muhamad) apa yang telah diwahyukan Allah.'
(ayat 4- 10 surah An Najm)
'Dan sungguh, dia ( Muhamad0 telah melihatnya (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain.(iaitu) di Sidratilmuntaha .Di dekatnya ada sungai tempat tinggal. (Muhamad melihat Jibril ) ketika Sidratilmuntaha di liputi oleh sesuatu yang meliputinya.Penglihatannya (Muhaamad) tidak menyimpang dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula)melampauinya.Sungguh, dia telah melihat sebagian tanda-tanda ( kebesaran) Tuhannya yang paling besar.'
(Ayat 13- 18 surah An Najm)
Dalam buku 'Biografi Muhamad bin Muhamad' oleh Prof Madya Dr Zulkifli md Yusoff ada menyatakan sepanjang hayat baginda Nabi SAW bertemu dengan Jibrail dalam rupanya yang asli hanya dua kali seperti dalam ayat di atas.
Jibrail duduk di atas Arasy, di atas udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari timur ke barat. Ke mana sahaja Nabi SAW memandang, baginda tetap nampak Jibril.
Jibrail adalah ketua malaikat dan yang paling gagah. Dialah yang berperanan menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul.
Dengan hujung satu sayapnya dia mengangkat satu negeri dan dibenamkannya ke bumi.Akhirnya kawasan itu menjadi laut. iaitu Laut Mati.
Di waktu yang lain, Jibril AS datang dengan pelbagai bentuk seperti bentuk seorang lelaki, dalam bentuk bunyi loceng dan pernah juga Jibril datang dalam rupa Dihyah Al Kalbi iaitu salah seorang sahabat Nabi SAW.
Allah Maha mengetahui.
Buku rujuk; Biografi Muhamad bin Abdullah , Prof Madya Dr Zulkifli Yusoff terbitan PTS
Harga RM 39.00
-
3 comments:
assalamualaikum kak...
apa khbr kak semuga di rahmati allah selalu hendaknya..
nak cari buku mengenai junjungan kita di kedai buku nanti..insyaallah..
As salam mamaju,
Wajib mempercayai yg ghaib... Subhan'Allah...dpt ilmu baru harini :))
salam Ju,
Terima kasih atas perkongsian ilmu, semoga Allah sentiasa memberi hidayah kpd ju utk terus menulis.
SubhanAllah, dgn hujung satu sayapnya, Jibrail AS dpt mengangkat n membenam satu negeri, tak terfikir kekuatan 600 sayapnya...Allah hu akhbar
Post a Comment