Sunday, May 13, 2012

SAYA DAN LAKE DISTRICT DI TANAH INGGERIS

20 Jamadil Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Dan pada hari ini, Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang mereka kerjakan dahulu'
(terjemahan ayat 65 surah Yasin)
Menikmati Lake District di Tanah Inggeris  ini  umpama melihat kelestarian alam semulajadi yang tidak tergambar dengan kata-kata. Satu kemestian bagi penduduk maupun pelancung luar datang ke sini.
Terletak di barat laut England.
Kawasan ini terlalu besar, kabarnya ada dua puluh tasik di daerah ini.

Kecantikkan tasik dengan gunung ganangnya.
Duduk-duduk sambil memerhati anak-anak bermain dengan swan. Ada masa terjerit-jerit dikejar  angsa pula..
Kemudian kami berjalan-jalan menikmati alam.....
Saya suka dengan suasana dan cottage yang ada.. Bayangkan tinggal di cottage yang di penuhi pohon ros liar  dan dan pokok hijau yang menjalar ke dinding-dinding.
Kami hanya seketika di sini.

Tempat ini juga terkenal dengan Beatrix Potter, pengarang buku terkenal' Tales of  Peter Rabbit'
Beliau dilahirkan pada 28.7.1866 dan meninggal dunia 22.12.1943.
Dikatakan beliau telah membeli  tanah-tanah disekitar lake Distirct ( 4,000 ekar ) dan sebelum meninggal beliau telah menyerahkannya kepada 'National Trust' supaya tanah-tanah ini tidak terjual kepada pihak lain seperti pemaju dan supaya kawasan ini terus kekal seperti sedia ada.

Beatrik Potter menulis kira-kira 20 buah buku kanak-kanak.
Ini buku edisi pertama Ia mula diterbitkan oleh Frederick Warne pada tahun 1902.

Buku ini telah dibeli dengan harga 30,000.00 paun!

Jom, ke Lake District.
Ya Allah,tunjukkilah aku sebagaimana orang yang Engkau tunjukki, sihatkanlah aku sebagaimana orang yang Engkau berikan kesihatan, pimpinlah aku sebagaimana orang yang Engkau pimpin, berkati untukku pada apa yang Engkau berikan kepadaku, lindungilah aku dengan raahmatMu daripada kejahatan apa yang Engkau pastikan. Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

kaknor tmj said...

salam iu,
Bila kak lihat gambar pertama, terasa damai di hati, tenang tapi sunyi, tak bolehla pergi sorang2..
Maha Besar Allah Yg Maha Pencipta