Wednesday, September 9, 2009

CORET CORET 1 M ASJID PUTRAJAYA

Masjid Putrajaya telah lama menawan hati saya.Banyak gambar dan poskad yang saya kumpul Pada saya ia tersangatlah cantik.Masa mula mula di buka dulu,saya kerap berposing di sini.Saya bawa ibu,bapa dan adik adik bergambar di sini.Sudah 10 tahun berlalu saya masih membawa tetamu tetamu yang datang ke rumah saya ke sini!

Masjid ini dibina pada 1997 dan siap 2 tahun berikutnya.Masjid cantik merah muda ini berkubah ciri Persia.Designnya pula terinsiprasi dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad.Masjid ini boleh memuatkan seramai 15 ribu jemaah!Ia terletak di tepi danau buatan manusia.

Tahun 2008 kami buat satu pembaharuan,kononnya nak sembahyang hariraya aidilfitri di Masjid Putra sebelum pulang ke kampong.Mungkin boleh jumpa pembesar pembesar negara!

Pagi kami bersiap berpakaian raya,selepas bermaafan kami menuju Masjid Putra.Sampai di sana kami rasa tersangatlah aneh ,bas bas pekerja terlalu banyak.Ramai betul yanga ingin bersembahyang di sini.

Kereta terpaksa diletakkan jauh.Kami berjalan kaki.Sampai di Masjid Putra orang tersangatlah ramai!Masjid yang boleh memuatkan beribu ribu jemaah tu tak boleh di masuki lagi,sesak di pintu!
Akhirnya suami saya membuat keputusan membuka kain sampin dan membentangkannya di lantai untuk dijadikan sejadah! Sembahyang di pintu masuk utama berhampiran jalan besar. Kami yang perempuan cuma berdiri ditepi,tak bersembahyang!

Selesai sembahyang suasana menjadi hinggar binggar ,bising.Khuthbah langsung tak kedengaran!Kami keliru ,kami berada di mana?, Sudan,Blangladesh,Indonesia atau Pakistan?

Selepas bersalam salaman kami pun berlalu,Satu kenangan raya yang amat berbeza.Kami teruskan perjalanan ke Beris Kubur Besar,Bachok, Kelantan.

Petang ,kami tiba di kampong.Masing masing saling bersalaman.Saya hairan kenapa mak mertua tidak menyambut kami!.....Tiba tiba seorang yang berkulit hitam membuka bicara,saya kehairanan! Barulah adik ipar bercerita.......ibu hangus kulit muka disambar api gas masak ketika menyelamatkan ayah......Saya sudah bersalam dengannya tadi,kenapa saya tak cam ? Sewaktu saya menelefon tempohhari mereka tak sampai hati nak bercerita.....

22 Ogos 2009 puasa pun bermula.Seronok dapat berpuasa bersama ibu dan adik Amin yang baru balik dari bertugas offshore di Nigeria.Sedih kerana bapa baru meninggal dunia.

Bulan puasa biasanya suami dan anak akan ke masjid ini untuk berterawih.Saya adalah sekali sekala ikut.Bersembahyang dengan selesa,ada aircon dan jemaah pun ramai.Selepas sembahyang ada moreh.Kalau malam tadi{8.9.09}mereka menyediakan 700 hidangan meehoon untuk wanita dan 800 untuk lelaki.

Jumpa lagi di Masjid Putra!

No comments: