Salsilah saya berasal dari Karang Saru, Semarang,Jawa Tengah.Moyang saya berasal dari sana, Jadi sahlah saya ni anak Jawa!Saya dilahirkan disini sebagai anak Malaysia.
Saya kesal dengan kejadian2 akhir ini yang mengecewakan, berbicara nada marah dan berlagak dengan buluh runcing!
Betullah kata Faizal Tehrani kita saja yang terhegeh hegeh baik kepada mereka.Mereka....
Penyanyi mereka kita puja puja...
Hutan mereka terbakar kita tolong padam...
Tsunami, kita cepat2 hantar bantuan...
Kata Faizal lagi dalam satu majlis seorang penulis indonesia mengaku lagu "Rasa Sayang Eh'milik mereka. Nasib baik dapat ditempelak oleh seorang penulis yang lagu itu berasal dari Perancis berabad lama dulu.
Begitu juga dengan Lagu negaraku .Hakikatnya lagu itu sudah jadi milik Malaysia apabila Sukarno memberikan lagu itu kepada Malaysia.Siap saksi lagi.
Kesilapan dari Discovery Channel mengenai tarian penyet jadi isu buluh runcing.Mereka mahu berperang.Kita pun tak mahu mengaku tarian berkemban tu tarian kita....
Kita saja yang terhegeh hegeh, kita terlupa yang buat baik kena berpada pada!
No comments:
Post a Comment