Wednesday, October 29, 2014

TAZKIRAH PROF.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW

CARA MEMPERTINGKATKAN IMAN MENURUT PROF MADYA KAMIL MAJID



PERTAMA
Melakukan sembahyang sunat rawatib 12 rakaat
2 rakaat sebelum  sembahyang subuh
4 rakaat sebelum sembahyang zuhur
2 rakaat selepas sembahyang zuhur.
2 rakaat selepas  sembahyang magrib
2 rakaat selepas sembahyang isyak
Menurut keterangan hadis riwayat Muslim..sesiapa bersembahyang sunat 12 rakaat sehari semalam akan dibina sebuah rumah di syurga,

KEDUA
Sembahyang malam sekurang-kurangnya 2 rakaat. Ini memberikan kelebihan dimakbulkan doa.

KETIGA
Sembahyang sunat Dhuha samada 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat.
Amalan ini memberi erti dan makna setiap sendi manusia bersedekah pada hari itu.
Dalam satu sabda Rasullullah saw bermaksud' Setiap tasbih itu sedekah( subhanallah), pujian itu sedekah(al hamdulillah), tahlil itu sedekah(laila ha illallah),Takbir itu sedekah(Allahu Akbar),amar makruf itu sedekah(menyuruh orang berbuat baik),nahi mungkar(melarang orang berbuat jahat) itu sedekah, dua rakaat sunat Dhuha itu sedekah.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

KEEMPAT
Boleh juga dijadikan amalan tetap harian membaca surah Al Mulk. Surah ini dapat memberi syafaat kepada mereka yang membacanya.

KELIMA
Hadis yang jelas menyuruh kita membaca La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah,Lahul mulk wa lahu al Hamd wahuwa 'ala kulli sha'in qadir sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa(riwayat Muslim)

KEENAM
Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasullah dimana sesiapa berselawat sekali, Allah berselawat 10 kali kepadanya(memberkati dan menurunkan rahmat)

KETUJUH
Bertasbih dengan Subhanallah al Azim, subhanallah wa bi hamdihi 100 kali sehari diberikan ganjaran tanaman pohon tamar di syurga.

KELAPAN
Beristiqfar sebanyak mungkin.

Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya diamalkan untuk meningkatkan penghayatan islam.
Terdapat seruan agar kita membaca  dan memahami Al quran..Perbanyakkan doa.

Janganlah kita meremehkan perkara-perkara kebaikan yang dilakukan walaupun kecil mungkin ia bernilai besar di sisi Allah.
Janganlah meremehkan dosa yang kita buat walaupun kecil pada diri kita,mungkin ia besar pada sisi Allah swt.
Wallahua,lam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa buat kita-kita ni semua mampu buat semua kan Kak Ju. Kalau dah biasa bukan susah pun sebaliknya bila dah selalu buat kalau tak buat akan jadi macam rasa tak selesa..

Tapi jujur kakak biasa Dhuha 2 rokaat aje. Tak pernah lagi buat yg 4 atau 8. Kena mencuba jugalah...

Unknown said...

As salam mamaju

Betul amalan ini banyak manfaatnya bila di amalkan, hanya yang pernah amal setiap hari dengan istiqamah sahaja tahu menilai dan menikmatinya...

Bila kita dah buat, sekian lama, janggal bila tertinggal, mesti usaha untuk buat juga, sebab jiwa kita cukup tenang dan lengkap rasanya, Allah begitu dekat dan peneman setia kita..persekitaran dan urusan sentiasa dipermudahkan, pandangan kita lebih kepada pandangan dari matahati .. insyallah.

Terima kasih berkongsi ilmu.