Monday, October 27, 2014

MASJID INDIA MUSLIM TENGKU KELANA, KELANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah SAW.
-
Dari jauh lagi tiang-tiang masjid ini telah kelihatan. Tersergam indah.
Ia terletak di kawasan membeli belah penganut hindu. Sesak.

Jika disingkap sejarah lama, masyarakat India Muslim yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah membina sebuah masjid di bandar Klang seawal tahun 1890.
Kemudian pada tahun 1904, sebuah bangunan telah dibina dan berfungsi sebagai rumah ibadat yang dinamakan Masjid India Selatan Klang. Ia ditadbir oleh sekumpulan masyarakat India Muslim yang bermazhab Hanafi diketuai oleh saudagar R.M Pakir Mohamed.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid India Selatan Klang, Profesor Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah, masjid tersebut boleh dikatakan mempunyai hubung kait yang rapat dengan keluarga diraja Selangor.
Ini kerana ujar beliau, pada tahun 1920-an, tapak masjid itu telah dikurniakan secara rasminya kepada seorang saudagar terkenal, R.E Mohamed Kassim oleh Sultan Selangor kelima, Sultan Ala'eddin Suleiman Shah iaitu nenda kepada Sultan Sharafuddin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3HM14pkAh 
Hakcipta terpelihara 




 Mohamed Haniffa berkata, pada tahun 1974, masjid ini telah dibina semula dan diuruskan oleh Abdul Gafoor K.A Peer Mohamed. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah merasmikan pembukaan masjid itu pada 30 Ogos 1974.
Sejak itu, masjid tersebut telah ditadbir dengan penuh cemerlang oleh Shaikh Dawood Abdul Razack (1974-1988), Abdul Kadir Maideen (1988-1994) dan Md. Yousoff Noor Mohamed (1994-hingga kini).

Nazir masjid, Md. Yousoff pula memberitahu perancangan untuk membesarkan masjid itu telah mula dibincangkan iaitu sejak 10 tahun lalu. Tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka terpaksa menangguhkan hasrat tersebut sehingga tahun 2007.



Menelan belanja sebanyak RM20 juta, pembinaan masjid tiga tingkat itu melibatkan keluasan lantai 4,718.17 meter persegi.
Arkitek projek pembinaan semula itu, Rafidi Osman, 44, dari Imaar Architect Sdn. Bhd.


keluasan tanah yang hanya 0.3 hektar ini memerlukan reka bentuk bangunan yang bertingkat dan kompak bagi mencapai kapasiti 3,300 orang jemaah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3HM2HjMsY 
Hakcipta terpelihara 
Pintu satu kubur lama.

Menurutnya lagi, R.E Mohamed Kassim yang merupakan ketua masyarakat India Muslim (Al-Hasanatul Jariatul Islameya) pada waktu itu telah mentadbir masjid tersebut dengan penuh tanggungjawab sebelum meninggal dunia pada tahun 1931. Di atas perkenan sultan, jenazah Allahyarham dimakamkan bersebelahan masjid.

Alhamdulillah.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

1 comment:

Dr Mohd said...

some of the information is un authentic and no evidence call me 01110594348