Wednesday, September 24, 2014

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah Saw.

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 8

Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Pokok gajus yang baru dibeli. Daunnya sedap dibuat ulam.
-
Pegaga juga untuk ulam.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 7

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka.
Menyemai ulam raja. Ulam juga.
Nenas subur dalam beg plastik.
Anak pisang di dalam tin cat.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 9

Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya).
Pokok kacang panjang melata naik ke pokok lengkuas
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 13

Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu) dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).
Keladi hidup subur di tempat lembap.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 14

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
Daun 7 bilah juga dibuat ulam.
Cekur.

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 15

Dialah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Dia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Dia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
Kunyit.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 16

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!
Pucuk manis.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 17

Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
' Mengurung' pokok cili yang alahan.
Segala tim atau plastik yang ada digunakan untuk menanam pokok.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 18

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
Bunga jambu.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 19

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
Anggur - saya macam nak ucap selamat jalan kat pokok ni.....
Pokok beri
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 21

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 20

Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Pokok kaduk.  Sedap dibuat masak lemak.
-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 21

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
Jederai- pokok yang baru dibeli. Mereka kata rasanya lemak. Ini ulaman juga.

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 22

(Kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka, sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya.
Rumput ini dikatakan boleh dibuat ubat? Rebus dan minum....
Rumput ini pun boleh dibuat ulam.
Buluh Perindu
Bila masa pulak anak pokok limau purut ni tumbuh ?

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 39

Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
Pakar datang buat 'spotcheck'
Alhamdulillah.


-

Terjemahan Surah Ghafir, Ayat 40

Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

5 comments:

Kakzakie said...

Kakak geram tengok pucuk kaduk tu banyaknya. Kakak suka tau. Nampak aje macam sireh tapi sedap:) Kalau rumah kg kakak bila kakak balik terus hilang pucuknya:)

Tukang ambik gambar sembunyi balik pokok mata kucing ke hihi...

rosli said...

Mamaju,

Saya suka tengok semua pokok2 yang ditanam mamaju dan suami. Banyak jenis ada...ulam...buah, sayur2 dan bunga2an.

zino said...

bumi yg hijau

kaknor tmj said...

Banyaknya jenis ulam ulaman, senanglah kalau nak buat nasi kerabu

kaknor tmj said...

Banyaknya jenis ulam ulaman, senanglah kalau nak buat nasi kerabu