Monday, September 8, 2014

KONVO DI DARUL QURAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam buat junjungan Rasulullah SAW
Alhamdulillah ketika azan subuh berkumandang kami tiba di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
terjemahan (Al-Mulk 67:2
Masjid dan tasik, cantik!

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
( terjemahan Al-Mulk 67:3
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(terjemahan Al-Mulk 67:4
Tahniah buat Shahirah lyana kerana berjaya menghafal quran 30 juzuk


Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(Al-Mulk 67:6
Shahirah akan melanjutkan pelajaran ke Mesir tidak lama lagi.

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(terjemahan Al-Mulk 67:12
Hebatnya tahun ini penuntut terbaik  lelaki dan perempuan menerima  wang RM 10,000.

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
( terjemahan Al-Mulk 67:13)
Suami saya bertemu dengan bekas rakan sekerja.

Moga anak-anak ini terus berjaya di dunia dan akhirat,

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
( terjemahan Al-Mulk 67:14)


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Bangganya mak-ayah yg punya anak Hafiz/Hafizah macam ini.

Tahniah buat Shahirah.