Saturday, June 21, 2014

RUSA, KELDAI DAN ARNAB

Bukit Tinggi.
Rusa bertanduk binatang yang sangat menarik perhatian saya.
-
'Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita besar,(berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
(maksud ayat 1- 3 surah An Naba')
Dahulu saya berangan nak bela rusa! Rusa mudah berkawan dengan manusia. Di sini rusa diletak di taman permainan. Rusa mudah mesra!
(Rusa yang besar-besar sebenarnya di dalam kandang.)
Bahagianya ada sepasang rusa di taman sekangkang kera saya....
-
(Mengapa kamu ragu-ragu kekuasaan KAMI menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah KAMI telah menjadikan bumi ( terbentang luas sebagai hamparan?. Dan gunung-gunung sebagai pancang pacaknya?. Dan KAMI mencipta kamu berpasang-pasang?
(maksud ayat 6-9 surah An Naba')
Rusa bertanduk rusa jantan.Cukup masa tanduk  akan tanggal. .
-
' Dan KAMI telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Dan KAMI telah menjadikan malam( dengan gelapnya) sebagai pakaian( yang melindungi). Dan KAMI menjadikan siang ( dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki.'
(maksud ayat 9-12 surah An Nabaa')
Ini keldai, ia kecil sikit daripada kuda.
-
'Dan KAMI telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh.Dan KAMI telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang benderang cahayanya.? Dan KAMI telah menurunkan dari awan air(hujan) yang mencurah- curah. Untuk KAMI mengeluarkan dengan air itu , biji-bijian dan tumbuhan. Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya.?
(maksud ayat 12 - 16 surah An Nabaa)
Rusa sengaja lepak-lepak kat buai. Bila kita pegang, bergetar-getar badannya.
-
'Sesungguhnya hari pemutus hukum itu, adalah satu masa yang ditetapkan. iaitu masa ditiup sangka kala, lalu kamu (bangkit hidup)  serta datang berpuak-puak (ke padang Mashyar.)
(maksud ayat 17- 18 surah An Nabaa')
Rusa yang manja.
-
Dan pada masa itu  LANGIT DIPECAH-PECAHKAN sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat PINTU YANG TERBUKA LUAS. Dan gunung ganang setelah dihancurkan diterbangkan ke angkasa lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
(maksud ayat 19 - 20 surah An Naba')

Masih berangan nakkan rusa?
Melihat rusa ' membuang merata' memang melemahkan semangat!
Di sini pun ada arnab. Ada bermacam jenis.  Arnab pun mesra manusia. Yang ini anak saya berkenan. Mereka memang sejak dulu lagi teringin nak memelihara arnab.
Alhamdulillah, akhirnya tengok sajalah binatang-binatang ini. Nak menjaganya bukan senang...

-

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

1 comment: