Wednesday, June 18, 2014

FLORA TERRACE, HAMPSHIRE, KL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam Atas Baginda Rasulullah saw.
-
Satu hari saya  bawa anak-anak ke Flora Terrace. Saya teruja tengok bunga-bunga. Khabarnya ia kepunyaan Sdr Razak Ahmad, wedding planner yang terkenal dengan bunga-bunga tu. Ingat pengantin  Nurjuma dan Marion Rose Counter?
-
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(maksud ayat 261 surah Al Baqarah)
Hari Jumaat tengah hari ada buffet dengan harga yang agak berpatutan, jadi kami orang-orang perempuan pun apa lagi....RM 30 seorang.
Jam 12 - 3.00 petang.
Buat tempahan di  157 Hampshire Place. A-LG-1, Lower Ground Floor. No 1, Jalan Mayang Sari off Jalan Tun Razak. Kuala LumpurNo. Telefon: 03-21810872

Waktu Operasi: 
Isnin- Jumaat: 11.00 pg - 11.00 mlm
Sabtu: 11.00 pg - 1.00 pg

Ditutup pada hari Ahad
' Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan( agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti  (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita.'
(maksud ayat 262 surah Al Baqarah)
Cantik, penuh dengan bunga-bunga.

Makanannya adalah makanan melayu. Ada nasi minyak dan nasi putih. Ini asam pedas johor.
Nak pilih ala carte pun boleh. 
Ubi kayu rebus, sambal dan serunding manis.
Rojak sotong dan kerabu mangga. 
Alhamdulillah. Moga anak-anak gembira.

' Wahai orang-orang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal)  sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti seperti (rosaknya amal pahala sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat...'
(maksud ayat 264 surah Al Baqarah)

Sebarkan senyum sebarkan salam
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Hebat, hebat...sesekali manjakan diri bolehlah.

Dr Singa said...

cantik mamaju!!

kalau bunga betul mesti weangi

kaknor tmj said...

cantik tempat ni, makanannya sedap ke