Wednesday, May 7, 2014

MAHU BELI TANAH?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
(maksud surah Nuh 71:28
Papan tanda di tepi jalan ada tertulis tanah RM 39 kps di sini.
Lama kami tidak ke tempat ini. Di belakang tanah ni dah ada rumah baru diduduki. Kawasan ni pun dah penuh dengan lalang.

Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(maksud surahAs-Sajdah 32:2)
Pemandangannya cantik, ada tasik.

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
(maksud surah As-Sajdah 32:3)

Sejuk mata memandang.Betul-betul di tepi tasik ada orang buat rumah, muskil, tanah siapa tu?

Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
(maksud surah as-Sajdah 32:6)
Jalan berturap.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
(maksud surah As-Sajdah 32:15)
Di hadapan tanah kami ada surau.

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(maksud surah As-Sajdah 32:16)


Nampaknya di surau akan ada lagi macam-macam projek.

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(maksud surah As-Sajdah 32:17)

Selepas meninjau-ninjau dan suami sempat menebang sebatang pokok kami pun beredar untuk makan tengah hari tak jauh dari situ.
Sedap dan murah!

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
( maksud surah As-Sajdah 32:19

Alhamdulillah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang memiliki hari Pembalasan, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua orang ibu bapa kami, dosa-dosa isteri (suami) dan anak-anak kami, dosa guru-guru kami dan kaum muslimin dan muslimat. Masukkanlah kami ke dalam Syurga-Mu tanpa dihisab dengan Rahmat dan RedhaMu.


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

4 comments:

Dr K said...

Saya tgk alamat surau tu, di kawasan Dengkil tu kan Mamaju...kalau saya ada duit, saya beli...hihihih...sebab akan akan datang, kawasan di Dengkil pun akan naik melambung harga ( sekarang pun dah start naik)

kaknor tmj said...

salam Ju, Tanah Ju ni di bangi atau dengkil? adik kak sedang mencari2 tapak rumah, berapa Ju nak jual

kaknor tmj said...

salam Ju, Tanah Ju ni di bangi atau dengkil? adik kak sedang mencari2 tapak rumah, berapa Ju nak jual

ajak said...

Salam kaknor tmj . Saya ada tanah kat area dengkil. Dekat jenderam . tanah cantik . tanah tinggi tapi lebih kurang rata.Dari tanah Saya boleh nampak PICC putrajaya dengan jelas. Cadang nak buat pecah lot. Sekarang tengah discuss dengan jurukur untuk buat plan pecahan lot. Jurukur pun dash siasat boleh convert tanah tu Dari pertanian ke bangunan .Kalau kak nor berminat boleh join. Harga sangat berpatutan sebab Jual harga pertanian lagi. Tak lama lagi kawasan ni akan mendadak naik. Tq