Sunday, April 20, 2014

MAHU BELAJAR DI DARUL QURAN, JAKIM, KUALA KUBU BHARU?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasululah saw.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi
Sebenarnya Amirah Madihah ada temuduga untuk masuk ke Darul Quran. Jadi kami  pun ke sana, bertolak  jam 4.50 pagi dan tiba  jam 6.15 pagi. Ketika itu jemaah masjid baru saja selesai menunaikan sembahyang subuh
-
.Keindahan pemandangan di Darul Quran jam 7.0 pagi.

-

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
(maksud surah Taha 20:2)
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
(maksud surah Taha 20:3)
 (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(maksud surah Taha 20:4

 Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Taha 20:6) |
Asrama lelaki.
-
 Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
(maksud surah Taha 20:7
Masjid di tepian tasik.
-
 Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
(Taha 20:8)
Selepas sembahyang subuh kami ke kantin.

 Jam 7.40 pagi kami ke dewan untuk sesi ujian bertulis.
 30 soalan untuk Bahasa Arab Tinggi, 30 soalan  tajwid dan 40 soalan psikologi.
Sebahagian besar calon adalah lelaki. Dikhabarkan seramai 4 ribu yang memohon dan 350 orang yang berjaya untuk temuduga.


Selesai sesi ujian bertulis ke sesi menghafaz pula.  45 minit masa diberi untuk menghafaz satu muka surah yang dipilih oleh Darul Quran.

Sementara Amirah di Darul Quran, kami ronda-ronda sekitar Kuala Kubu Bharu.
Hulu Yam.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk".
(maksud ayat Taha 20:135

Jam 12.30 berakhir sudah sesi temuduga.
Moga berjaya, insyaAllah.
( Amirah bersaing dengan mereka yang sudah hafaz Quran!)

-
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
SEBARKAN KASIH SAYANG.

8 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Mamaju

Mudah2an semua urusan yg baik2 dipermudahkan...aminn

Unknown said...

salam ukhwah.. muga dipermudahkan urusan =)

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
semoga adik Amirah dapat belajar di Darul Quran. INSYAALLAH

mamawana said...

Assalam MamaJu

Mamawana selalu terpikat membaca entri entri mamaju di sini...so nice

kaknor tmj said...

salam ju, kak doakan semoga amirah berjaya mendapat tempat di darul quran

Hjh Noralenna Abbas said...

Semoga berjaya Amirah hendaknya.Aamiin

Dr Singa said...

ulfah biasa dengar cerita dia..
amirah jarang..

mamaina said...

Allahuakbar.. moga Amirah berjaya..