Tuesday, April 1, 2014

DIA DATANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia berkata baik atau diam saja
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia memuliakan jirannya
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat
maka hendaklah ia memuliakan tetamu".
Hadis sahih riwayat Muslim
Cuti sekolah baru berakhir.
Emak, adik, anak saudara dan kawan-kawan Ulfah berkunjung ke rumah.
Alhamdulillah.
Dapat bawa emak tengok belon dan tengok mural !
Kawan-kawan Ulfah juga bermalam di sini.



Moga ukhwah terus terjalin dan sentiasa berkasih sayang. Amin.

7 golongan yang akan mendapat naungan Allah.
Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya:
1- Imam ( pemimpin) yang adil.
2- Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah
3- Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
4- Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
5- Insan yang diajak oleh wanita berpangkat dan cantik, lalu ia berkata, " Ssungguhnya aku takutkan Allah"
6- Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
7- Insan yang mengingati Allah secara sunyi sehingga menitiskan air matanya.

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH

Sahabat rasulullah saw.

Bilal bin Rabah.

Beliau merupakan tukang azan.
 Pencinta Rasulullah saw sehingga tidak mahu azan selepas kewafatan rasulullah saw kerana apabila sampai di kalimah azan - Muhamad Rasulullah- pasti beliau menangis dengan kuat.



3 comments:

che mid said...

Seronoknya menjamu orang datang bertandang..bila agaknya CM boleh ke rumah mama ni..

Kakzakie said...

Sambil menatap juadah yg kak ju masak akak terpaku dgn titipan 7 golongan yg mendapat naungan Allah. Moga kita tergolong di situ juga. Amin..

Daddy Ziyyad said...

cantik deco rumah mamaju :)

moga kita mendapat naunganNYA kan kak..