Monday, April 7, 2014

DARUL QURAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(maksud surah Al Asr)

Alhamdulillah, akhirnya kami ke Darul Quran di Kuala kubu Bharu
Nampak tenang tempat ini.
Pertama-tama kami singgah ke masjidnya ...

'Katakanlah: Jika kamu(menganggap bahawa) kampung akhirat ( syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah kematian (mu), jika kamu memang orang yang benar. Dan sekali-kali mereka tidak akan menginginkan kematian itu selama-lamanya kerana kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka ( sendiri). Dan Allah Maha Mengetahui siapa  orang yang zalim.'
(maksud surah Al Baqarah ayat 94,95)
Masjid di tepi tasik.

'Dan kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan ( di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) daripada orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun padahal umur panjang itu  sekali-kali tidak akan menjauhkan mereka dar azab. Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.
(maksud surah al Baqarah ayat 96)

Asrama Perempuan.

Darul Quran kendalian JAKIM. Di sini ada tahfiz persijilan, diploma dan Ijazah .


Alhamdulillah.


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.


Sahabat Rasulullah saw.

ABU DARDA'
Beliau seorang yang bijak dalam mengungkapkan kata-kata hikmah. Beliau banyak menyertai peperangan bersama Rasulullah saw.
Abu Darda' dilantik menjadi gabenur di Syria ketika pemerintahan Khalifah Uthman.

1 comment:

che mid said...

Salam mama..memang cantik suasana kat siut. Beruntung la penduduk sekitar, dapat dengar alunan suara anak-anak pelajar menghafaz al-Quran. CM pernah jadi jurulatih PLKN di kem belakang tu..memang tenang dan syahdu je ..