Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah SAW
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Terjemahan surah Al Baqarah ayat 286)
|
Alhamdulillah, keputusan SPM telah diumumkan. Lebih 400,000 menunggu dalam debar. 13, 270 telah mendapat semua A 409 darinya mendapat A Cemerlang Tertinggi. Tahniah.
Riwayat Bukhari dan Muslim. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Abdul Rahman bin Shakhr ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya; Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka.(tidak mahu taat dan patuh)
|
|
Menteri Pelajaran Dato' Idris Jusoh telah hadir ke Mahaad Hamidiah untuk menyerahkan keputusan SPM kepada 15 pelajar yang mendapat 11A. - ' Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu akan menyusahkan kamu' (terjemahan ayat 101 surah al Maidah) |
|
Amirah mendapat 5A3B3C. - Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al Tirmizi, al Nasai', Ibn Hibban dan al Hakim) |
|
Ramai wartawan/ jurugambar menemuramah pelajar-pelajar terbaik. |
|
Di luar dewan, ada kereta solar dari Uniten. Nak pujuk budak-budak tu masuk Uniten agaknya. Paling menarik universiti ini ada Kejuruteraan Hafiz! |
|
Dato' pun terpikat dengan kecanggihan kereta tersebut. |
|
Moga semuanya dapat menyambung pelajaran ke tempat yang diingini, insya allah. - Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya ' Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaatnya' (Riwayat al Tirmizi, Ibn Majah , Ahmad dan al Baihaqi)
- Alhamdulillah.
SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM. CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
Selawat Perdana di Dataran Masjid Putra jam 8.00 malam 21/3/14. |
5 comments:
Tahniah Amira, peluang menyambung pelajaran menanti anda!
Tak apa Kak Ju. Kalau minat dia ke sana teruskan. Anak kakak macam nak terus STAM tapi dia takut juga sebab pra-stam last year dia gagal tafsir walau yg lain semuanya ok. Satu hal stam ini satu gagal aje habis.
Doakan anak-anak kita jadi yg terbaik.
Alhamdulillah wa syukurillah..tumpang gembira atas kejayaan anak-anak soleh solehah ini..
Tahniah Amirah..
Perjalanan masih jauh..saya doakan Amirah berjaya dalam bidang seterusnya yg dipilih...
Kejuruteraan Hafiz? waahhhh..menarik tu...macam di Al Azhar, yg lahirkan doktor hafiz...
tahniah Amirah atas kejayaan dlm SPM., dan selamat maju jaya dlm pelajaran seterusnya
Post a Comment