Monday, March 3, 2014

EMPIRE - DARIPADA PAYUNG KEPADA TANGLUNG.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.

(maksud surah(Al-Nahl 16:1)
Dari Taman Melawati saya ke  Damansara Perdana.
Saya ingin melihat payung!
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".
(Al-Nahl 16:2)
Payung dijadikan prop. Cantikkan.?
Gambar- Google.
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
(Al-Nahl 16:3)
Katanya di Potrugal  ada pesta mempamerkan payung begini.

Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
(Al-Nahl 16:4) |

Unik betul Empire ni. Reka bentuk lama ala barat.
Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.
(Al-Nahl 16:5
Pintu masuk.
Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
(Al-Nahl 16:6)

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
(Al-Nahl 16:9)
Hehe rupanya payung sudah bertukar kepada tanglung!
Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.

(Al-Nahl 16:10)
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
(Al-Nahl 16:11
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
(Al-Nahl 16:12)
Empire seumpama bandar mati, hanya ada 3,4 kedai beroperasi.
Hampir keseluruhan kosong!
Ingat kisah ada gadis hilang  dan kontroversi nampak hantu di sini? Macam-macam cerita di tokok tambah...
AMirah kata suasana macam dalam cerita Harry Potter.
Beli air di Seven 11 dan duduk-duduk di sini.



Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
(Al-Nahl 16:13
Rasanya tidak ada kedai yang sesuai untuk makan-makan.

Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:14)
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
(Al-Nahl 16:15) |


Tangga.

Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
(Al-Nahl 16:16)


Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
(Al-Nahl 16:17)




Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Nahl 16:18)




Alhamdulillah.
Jom balik.

Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
(Al-Nahl 16:19)



SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULLAH.



5 comments:

JunAina said...

Mama Ju kalau dapat jalan2 santai macam ni dengan suami dan anak2 memang seronok. Menghabiskan masa secara berkualiti.

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju selalu discover tempat-tempat yg unik.

Dr K said...

empire subang ke mamaju?
tak perasan pulak saya bahagian yg ni...saya ke sana pun baru sekali..2 tahun lepas..hihihi

Dr Singa said...

empire yang nampak dari tepi Federal Hiway tu..?

payung lagi cantik kan!?

dah 2 idea tempat saya nak pergi ni..
timakasih!! :)

Norma NML said...

Slm kenal

Subhanallah..cantiknya..

Jom singgah blog saya if sudi ;-)

rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com