Tuesday, February 11, 2014

ZIARAH PAKCIK KE 6 DAN MAKCIK KE 17 DI JOHOR BAHARU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

7. [13]Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya[14] dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan[15]. - 
terjemahan surah An Kabut ayat 7



Mempunyai keluarga besar memang menyeronokkan. Sana sini saudara.
Saya ke Kg Pasir, JB untuk bertemu pakcik ke 6 saya, Hj Saripan Kaliman. Ayah saya  anak ke 5, jadi mereka berdua memang rapat. 
Hj Saripan ada 19 anak dan 78 cucu. Alhamdulillah.
7 atau 8 anaknya bersekolah Cina, ada yang belajar hingga ke Taiwan.
Mereka semua melibatkan diri dalam perniagaan.
Emak dan adik ikut sama.
9. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam (golongan) orang yang saleh[20] -
terjemahan surah An Kabut ayat 9.
Hajah Sarmunah isteri Hj Saripan.
Cucu beliau.



Selepas solat  jamak di Masjid Bandar Baru Uda kami ke rumah makcik ke 17  berhampiran masjid tersebut.
Pn Fatimah bt Kaliman.
Tak tau pulak esoknya ada majlis bertunang!
Alhamdulillah dapat jumpa dua lagi makcik di sini, makcik ke 20, Hjh Murni dan makcik bungsu.

-
13] Orang-orang yang dianugerahi Allah iman dan amal saleh, akan Allah hapus kesalahan mereka, karena kebaikan menghapuskan keburukan.
[14] Dengan amal salehnya.
[15] Yakni amal-amal baik yang mereka kerjakan, yang wajib maupun yang sunat.
(terjemahan surah An Kabut )

SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH


3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Nanti selidik punya selidik, ada lagi suku sakat, wah, besarlah keluarga Ju.

Bunda_nora said...

assalam,

salam ukhuwah dari bunda....besar keluarga ni yer...tentu meriahkan...

Dr K said...

alhamdullilah...

antara 'tips' panjang usia, ialah eratkan silaturahim :)