Monday, February 10, 2014

BLOGGER DAN MASAK-MASAK.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

5. Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dia-lah yang Maha Mendegar lagi Maha Mengetahui. (QS. 29:5)
Terjemahan surah An Kabut ayat 5
Terima kasih Azie http://azieazah-aa.blogspot.com/ kerana menjemput saya ke majlis ini.
Majlis ini berjalan santai dengan membawa ramai blogger  masak-masak. Chef popular Chef Adu dan Masterchef Izylan dijemput memeriahkan majlis.

7. Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (QS. 29:7)
Terjemahan surah An Kabut ayatb 7
Dua blogger terkenal Azieazah dan Azian Elias http://yan-yanjournal.blogspot.com/
Azie dengan 'Prawn with pinenaple' dan Azian dengan ' Butterscotch Bread Puding'

8. Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapak-nya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 29:8)

Tuan rumah AbuAin Studio Kitichen Sdr Kharul Hakimin Muhamad. http://www.kuahkari.com/


9. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh benar-benar akan Kmi masukkan mereka ke dalam (golongan) orang-orang yang saleh. (QS. 29:9)
Sebahagian yang hadir.
Pertama kali jumpa ChePuanlawa.

11. Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman; dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik. (QS. 29:11)

Anak-anak comel.


13. Dan sesungguhnya mereka akan memikul beban (dosa) mereka, dan beban-beban (dosa yang lain) disamping beban-beban mereka sendiri, dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka ada-adakan. (QS. 29:13)

Pertama kali dapat bersua dengan Mc Kantin. http://makcikkantin.blogspot.com/
Belajar buat coklat dari Pn Izan Aziz.

Chef Adu menunjukkan cara membuat salad. Banyak betul tip-tip yang diberi.
Beliau juga menyajikan sos strawberi dengan ricikan halus bunga kantan yang dimasak hinga likat.
Baru nak ambil pinggan ..sos dan roti dah habis!
Chef Adu sangat ramah!

56. Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja. (QS. 29:56)
Salad dah siap. Anak saya kata ...rasanya sangatlah sedap!
57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (QS. 29:57)

Blogger lelaki pun ramai yang minat memasak!

Blogger Roshidayu Che Mat dengan Kewy Teou Abang Zam. Saya 'miss' masakan belaiu!

Blogger Atuk Baik dan keluarga. 
Blogger JunAina.
Blogger Azian Elias.
Beliau dan adiknya.
Puding beliau memang terbaik dan tersedap!

Blogger Iyra Mutalib.
Terimakasih kerana membawa mama berjalan-jalan bersama McKantin !
Makanan memang melimpah ruah. Masing-masing bawa 'pot luck' di samping makanan daripada tuan rumah.
Nasi mandy dari Najwa dan Sdr Lutfi.


Najwa dan suaminya Sdr Lutfi sedang menunjuk ajar makanan arab.

Najwa bertuah dilahirkan di Mekah. Dua puluh empat tahun sudah Najwa di sana. 
Saya memang mengikuti blog mereka.


Akhir  sekali Masterchef Izylan pula beraksi.


Sayangnya hanya beberapa gambar Izynn yang dapat diambil. Bateri ....!


58. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (QS. 29:58)

Alhamdulillah.
Suka-suka-suka dapat bertemu ramai blogger, walau pun hanya hanya mengenali sebahagian kecil sahaja.

Moga silaturrahim terus terjalin. Amin.


SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.











6 comments:

makcikkantin said...

Mamaju. Terima kasih belanja beriani gam ....moga dapat bertemu lagi insyallah

azieazah said...

Terimakasih kembali kerana menyokong.

Saya tarak hal punyaaa..!

mamaina said...

wah.. bestnya Mamaju and the geng boleh masak2... jeles tahap gaban ni..

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

sepatutnya Mama Ju kena memasak juga pd hari tu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Jika ada lain gathering spt ini Ju masak ye dan jemput saya. Ok tak?

SuzieLAWAti said...

Seronok Jumpa MamaJu... Terima Kaseh... :)