Friday, January 3, 2014

PUSAT PENGHAYATAN ALAM, WETLAND, PUTRAJAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(maksud surah Al-Kahfi 18:7) |
Jom kita ke Wetland, Putrajaya.
Hari ni hari bekerja, sewa basikal hanya RM 2 sejam.

Ini adalah bangunan untuk menyewa basikal.

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
(maksud surah Al-Kahfi 18:23
Di sini juga ada Pusat Penghayatan alam.
Macam-macam ada.
Sekarang tidak dikenakan tiket lagi. Ada ura-ura akan dikenakan RM 6 seorang tapi tak pasti bila.

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Al-Kahfi 18:24


Pintu masuk.

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
(maksud surah Al-Kahfi 18:43)

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
 maksud aurah(Al-Kahfi 18:44) |
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
(maksud surah Al-Kahfi 18:30) |
Ada tiga tingkat. Satu bahagian untuk sudut bacaan dan sudut tinjau,

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
( maksud surah Al-Kahfi 18:46)

Pemandangan indah  di sekitar wetland.

(maksud  surah Al-Kahfi 18:47)
Lift.
Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".
(maksud surah Al-Kahfi 18:48)
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
(maksud surah Al-Kahfi 18:49)
Ini gambar Wetland negara China.




Ambil gambar dari tangga.

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
(maksud surah Al-Kahfi 18:55

Gambar-gambar ikan dari tempat baca-baca.
Gambar ikan unik di Indonesia.
Subhanallah.






Ikan 'Harry Potter'

 Keluar dari Pusat Penghayatan boleh makan-makan di Cafe. Harga berpatutan. Pemandangan pun cantik di sini.
 Lepas makan ke 'The making of Wetland'

Parkir kereta di bawah pokok buluh.
Hehe mula-mula kena marah kerana parkir basikal di tengah jalan!


Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
(maksud surahAl-Kahfi 18:88)








2 comments:

zino said...

kat sini zino tak pernah sampai lagi...apa la.. hehe

atuk said...

Assalamualaikum Mama

banyak tempat untuk dilawati rupanya Putrajaya tu yer....