Saturday, December 28, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah .
'Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Dialah yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana ( maksud ayat 1 surah Al Hasyr )

Musim hujan, pokok-pokok subur walau tidak diurus...

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(maksud ayat 44 Al Israa)
Petang hari nampak cerah...anak-anak buat BBQ.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(maksud ayat 1 At Taghabun)
Pokok tepi pagar.
 ' Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Perkasa  lagi Maha Bijaksana'
(maksud ayat 24 surah Al Hasyr )

Mangga dalam pasu mula nak besar.

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
(maksuda ayat 3 surah An Nasr)




Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(maksud ayat 1 surah As Saf)
Kaduk.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(maksud ayat 1 surah Al Jummah)


Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(maksud ayat 96 surah Al Waqiah)

 'Semuanya yang ada di langit dan yang berada di bumi bertasbihlah bagi Allah dan Dialah yang Maha Bijaksana.'
(maksud ayat 1 surah Al Hadid)
Peria di belakang rumah.

Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(maksud ayat 52 surah Al Haqqah)
Cekur.
Semalam telefon emak, emak kata emak baru masak ikan goreng bersantan campur cekur. Wah! nak  tirulah....


Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
(maksud ayat 98 surah Al Hijr)
Limau nipis dalam pasu.


Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan solat.
(maksud ayat 40 surah Qaf)
Daun tujuh bilah.

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
(maksud ayat 58 surah Al Furqan)
Yesterday, today, tomorrow.


Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
(maksud ayat 10 surah Yunus)
Kudup Kemboja.

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(maksud ayat 41 surah An Nur)
Biji lotus. Cuba semai, tak hidup pun....
Saya cuba pindahkan lotus menjadi dua pasu.

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),
(maksud ayat 1 surah Al A'la)
Rosemary dan Pudina.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;
(maksud ayat 10 surah Saba')
Sebenarnya benih terung yang sudah matang jatuh ke tanah. Inilah hasilnya, tumbuh sekelompok dengan banyaknya


Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
(maksud ayat 74 surah Al Waqiah)
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
(maksud ayat 19 surah As Saad)


Keladi dan keledek.

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
(maksud ayat 18 surah Ar Rum)







Alhamdulillah.

Sebarkan senyum sebarkan salam.






'

3 comments:

Bunda_nora said...

salam hujung minggu dari bunda
...sedapnyer pucuk kadok buat ulam..

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
seronok sungguh berkebun keliling rumah..bunga ada, ulam-ulaman ada..

kaknor tmj kl said...

salam Ju, teringat masa kecil2 di Taiping dulu kak selalu beli lotus tu, bijinya sedap dimakan, lemak dan mengasyikkan, duduk pula di hadapan pentas tengok opera Cina (sempena sambutan apa pun kak tak tahu)