Tuesday, December 31, 2013

PADANG KOTA, PULAU PINANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(maksud ayat 23 surah Al Mulk)
Malam hari, kami ke Padang Kota.Di  sini ada Fort Cornwallis. Jika siang mungkin merasalah ke sana.

 Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat. Kebanyakan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak . Walaubagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah.

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di timur lautPulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral Indiamasa itu - Charles Cornwallis
Iadibinadi Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayunibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.
Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.  
pelancong utama di GeorgetownPulau PinangMalaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletakmeriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.
Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu
Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.
(sumber wekepedia bebas)
Saya dan Farah duduk di benteng tembok laut melihat kapal pesiaran lalu.
Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(maksud ayat 9 As Sajdah)
Jalan ke Padang tempat kanak-kanak bermain.

City Hall ke Town Hall?

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
(maksud ayat 52 Al Baqarah)

Seni binanya cantik.
Dua orang yang tak berapa kuat jalan jauh...
Unik dan cantik. Rasanya pejabat tiket letak kereta.




Sebelah Towm  Hall ada taman yang cantik.
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(maksud aayt 10 Al A'raaf)
Masa ni hujan renyai-renyai, angin bertiup kuat.

Pemandangan tepi benteng dekat tempat makan. Cantik.
Sebenarnya orang sangat ramai! mana ntah tak ada dalam gambar.....

Pihak Jerman pernah jejak ke sini!
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
(maksud ayat 6 surah Al Adiyat)
Tempat makan yang di katakan mashyur itu.

Makanan Pulau Pinang, pasembur, laksa ada di sini.
Harga agak mahal. RM 20 sepinggan lebih kurang!

Rasa tak nak minum di sini.... mereka berlawan-lawan nakkan pelanggan, macam nak gaduh....

Tapi minum juga.....

Becha ada di mana-mana bawa mengelilingi Padang Kota. Satu pusingan RM 10.
-
Dari sini kami pusing-pusing mengenal malam di George Town.

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(maksud ayat 2 surah Al kauthar)



Alhamdulillah.

Sebarkan senyum sebarkan salam.






2 comments:

Kakzakie said...

Alhamdulillah... seronok kakak tengok. Mak pun ikut juga. Kuat mak ni jalan sebab mak tak gemuk itu yg untung kuat lagi..

Dr Singa said...

heee..
:)
apesal kelam kelabu goyang tu...
lapar eh!!!?
:)