Tuesday, December 24, 2013

LAMAN SENI SHAH ALAM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(maksuda ayat 7 surah Al Kahfi)
Berinspirasikan perjalanan Dr Daddy Ziyyad ke Laman Seni, saya terus berlalri ke sini.
Ia terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Tidak jauh dari Wetland Shah Alam.
Hasil projek pelajar UITM.

Karya mereka terletak di lorong belakang kedai.
Saya rasa projek ini belum siap sepenuhmya.
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(maksud ayat 28 surah Al Anfaal)




Yana dan budak sekolah.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(maksud ayat 3 surah An Ankabut)

Datang lambat ke?
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(maksud ayat 2 surah An Kabut)







Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
(maksud ayat 21 surah Saba)

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(maksud ayata 335 surah Al Anbiya;)


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(maksud ayat 31 surah Muhamad)
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar) dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
(maksud ayat 30 surah Al Mukminun)



Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(maksud ayat 165 surah Al An'aam)


Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik.
(maksud ayat 11 surah Al Ankabut)








Kita selesaikan di sini.....

Alhamdulillah.


Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
Taat Allah Taat Rasulullah.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Saluran ekspresi diri. Tahniah UITM. Harapan hasil kreativiti tidak dicemari oleh tangan-tangan yang 'gatal'. Semoga lorong belakang itu juga dijaga kebersihannya. Harus ada pemantauan.

Kakzakie said...

Hebatlah meraka Kak Ju. Nampak real betul. Lagilah bila Yana duduk depan cikgu peganga rotan macam betul aje hihi...

"Betul selagi kita hidup pasti ada ujian Allah berikan". Kakak menghayati semua ayat-ayat membuat rasa diri terlalu kerdil.

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Yana kena rotan sebab tak pakai baju sekolah...he he

Dr Singa said...

oh ! saya mesti pergi ni!!
Mamaju..
kat Boulevard, Atmosphere , Seri Kembangan pun ada!!
baru!!
ada 80 lukisan!!