Monday, December 2, 2013

BARANGAN VINTAGE DARI AMCORP MALL, PETALING JAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
'Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji. Haiwan ternak dihalalkan bagimu kecuali yang akan disebutkan kepadamu, dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berikhram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum sesuai dengan yang Dia kehendaki.'
(maksuda ayat 1 surah Al Maidah)

Peminat-peminat barangan vintage tentunya suka dengan tempat ini, Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Setiap Sabtu dan Ahad banyak gerai-gerai kecil dibuka di sini. Meninjau dari satu tingkat ke satu tingkat hingga tingkat lima. Macam-macam ada. Barangan untuk peminat coca cola sungguh banyak.
Saya meminati lukisan bangunan lama.
Ianya lukisan baru  karya budak arkitek.
Halus sungguh hasil kerjanya.
' Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syi'ar syi'ar kesucian Allah.....dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong daqlam berbuat dosa dan permusuhan. Berraqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksaNya.
(maksud ayat 2  surah Al Maidah.)
'Wahai orang-orang beriman!  Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu dan ( basuh) kedua kakimu sampai kedua mata kaki.
(maksud ayat 6 surah AL Maidah)

' Wahai orang-orang beriman!  Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, ( ketika)  menjadi saksi  dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adi) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.'
(maksud ayat 8 surah Al Maidah) 

Rumah Terengganu.


Pullman, Putrajaya.

Di sini juga ada kedai buku 'rare' Buku lama yang dicetak semula..Ada beribu-ribu buku berkulit tebal di sini. Harga agak berpatutan,  Collector  buku mesti seronok di sini.
-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
TAAT ALLAH TAAT RASULLAH.

2 comments:

Kakzakie said...

Kakak pun minat Kak Ju. Tapi itulah tengok org lukis cantiknya...

Dr Singa said...

saya mesti dah tersalah kedai
kedai yang saya jumpa tu tak ada buku-buku kulit tebal!