Friday, November 8, 2013

PENGANTIN DI REMBAU, N9

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, berilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami  Nabi Muhamad saw.
Ya Allah, terimalah daripada kami akan sembahyang kami dengan sempurnanya dan ampunkan segala dosa kami semuanya dan jangan Engkau azabkan kami di hari akhirat . Bahawasanya Engkau atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa.

Syukur saya dapat menghadiri majlis perkahwinan Syiema di Rembau N9.  Kami bermula sebagai rakan di alam maya , rasanya lima tahun sudah berlalu.
Saya tiba agak lewat, teman-teman blogger dah lama berkumpul.

-
Ya Tuhan kami, hidupkan kami dengan beriman dan matikan kami dengan beriman dan himpunkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga beserta iman.
Photo
Sempat juga bertemu rakan-rakan fb /blogger.
Gambar drp koleksi Ayah Zain.
-
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. Ya Tuhan kami, kepada Engkau sahaja kami berserah diri dan kepada Engkau  saja kami rujuk bertaubat serta kepada Engkau jualah tempat kembali.
Dapat juga merasa cendul songkok tinggi yang sangat sedap!
-
Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah ibu dan bapa sebagaimana mereka mengasihaniku semasaku masih kecil.

Ini Afeezz , blogger http://imwritingformyself.blogspot.com/
-
Ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan petujuk kepada kami, Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengurnia.


Akhirnya dapat juga seketika melihat wajah suami Syima.
Moga pengantin bahagia sampai syurga. Amin.
-
Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Tuhan akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
AMIN.


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah jalinan ukuwah yg indah Kak Ju.

Dr Singa said...

saya baru tau ada nama Kampung Jiboi

Hjh Noralenna Abbas said...

Meriahnya!

JunAina said...

Apa istimewanya cendol songkok tinggi tu Mama?

kaknor tmj said...

salam Ju, memang sedap cendol songkok tinggi tu, cukup lemak dan manisnya, macam2 pilihan ada, kak beli di Putra Jaya di foodcourt yg diadakan khas sempena sambutan 3 tahun TV Hijrah

afeezz said...

salam

tak sempat nak rasa cendol tu.. sebab dia tutup awal... uhuks

makcikkantin said...

musim orang kawin kan mama ju...

sinomosa said...

Salam Mama Ju,

Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis walimah saya di Rembau. Doakan semoga pernikahan ini kekal bahagia hingga ke Syurga Illahi. TQ