Wednesday, November 27, 2013

LUKISAN ALAM - SG CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mari menikmati lukisan alam ciptaan Tuhan.

Sungai Congkak adalah destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Letaknya di Hulu Langat kira-kira 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Sepanjang aliran sungai terdapat pondok-pondok kecil untuk orang awam berehat. Ia dibina oleh penduduk kampung. Ada juga chalet-chalet. Sewa RM 5 satu pondok. Pondok-pondok kecil ini agak mencacatkan pemandangan sungai yang sangat cantik dengan air deras mengalir di celah-celah batu.
Tidak ada papan tanda rasmi untuk ke tempat ini. Parkir di luar taman dengan bayaran RM 3 di tanah kepunyaan penduduk kampung.

Hanya penyewa chalet di benarkan membawa kereta ke dalam taman. Di sini ada 14 chalet bermula dengan harga RM 150.
Ada chalet yang betul-betul terletak di tepi sungai.
Saya bersama 12  orang ahli keluarga ke sini untuk makan-makan, mandi manda.juga menikmati alam.
Kami bawa nasil lemak, kuih muih dan buah-buahan. Kami juga membeli durian daripada orang kampung.
Menikmati sungai daripada pondok berehat.


Ada yang membawa khemah.


Terasa damai di sini.
Bunyi suara monyet kedengaran sahut menyahut dari hutan berhampiran.
Budak-budak ambil peluang mandi- manda.
Saya hanya  menyusuri tepi sungai, duduk tepi batu  dan letak kaki ke air! Sejuk sungguh!


Air mengalir deras. 





Farah, Yana dan Nabil. Farahlah yang mencadangkan kami ke sini.

Cikgu-cikgu tu meninjau-ninjau saja...Ini keluarrga saya dari Kelantan.

Muzakir anak saudara saya dari Kelantan.



Alhamdulillah dengan bayaran RM 1, kami dapat melihat lukisan alam.

-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.


6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Air sungainya sejuuuuk ye Ju. Kami pernah sekali ke sana. Saya pun macam ju rendam kaki dalam air. Nyaman.

Daddy Ziyyad said...

Dah lama betul saya tak berkelah di kawasan air terjun/sungai macam ni kak...Terasa nak pergi....sejukkkkk..makan nasi lemak,berendam dlm air...:P

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

sejak anak2 dah besar ni jarang2 berkelah

afeezz said...

assalamualaikum

pernah juga sewa chelet dan bermalam di sungai congkak. kalau tak silap, rm50 jer

Kakzakie said...

Alahai ruginya Kak Ju dah sampai tak mandi. Sejuk tau air terjun - best!!. Lagi pun bersih kalau musim hujan ni. Kakak suka mandi air terjun:)

mamaina said...

bestnya andia sungai.. masa belajag dulu suka juga ke congkak, tekala, tekali, gabai dll... la ni dok jauh sgttt