Monday, October 21, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU / NABI DAUN DAN NABI SULAIMAN DLM SURAH SHOD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' Dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud yang mempunyai kekuatan ( dalam pegangan agamanya) : sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali ( kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami)
Sesungguhnya Kami telah mudahlkan GUNUNG GANANG BERTASBIH memuji Kami bersama-sama dengannya pada waktu petang dan pada waktu terbit matahari.
Dan( Kami mudahkan)  UNGGAS turut berhimpun ( untuk bertasbih memuji Kami) bersama-sama dengannya. tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.'
(maksud ayat 17,18,19 surah Shod juz 23)
Cuti raya tak lama. Jam 4 petang hari raya kami dah bertolak balik ke KL.
Esoknya anak-anak dah sekolah.

' Dan Kami kuatkan kerajaannya serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata. ( dalam menjalankan hukun dan menjatuhkan hukuman)'
(maksud ayat 20 surah Shod)
Ambil angin sebelum ke sekolah.
'Wahai Nabi Daud sesungguhnya  Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu.'
(maksud ayat 26 surah Shod)

Pokok Lemon. Rasa daunnya halus berbanding daun limau lain. Suami saya letak dalam pasu di balkoni.
Limau nipis kena serang ! banyak!
Siap buang-buang lagi...
' Dan kami  telah kurniakan kepada Nabi Daud ( seorang anak bernama) Sulaiman, ia adalah sebaik-baik hamba.(yang kuat beribadat) lagi sentiasa rujuk kembali. ( bertaubat)
(maksud ayat 30 surah Shod)

Ini jenis lain pulak..
' (Ingatlkanlah peristiwa) tatkala Nabi Sulaiman dipertunjukkan kepadanya pada satu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaanya semasa berdiri, lagi tangkas semasa berlari.(Kerana lekanya dengan pertunjukkan itu) maka Nabi Sulaiman berkata " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada ( kuda pembawa) kebaikan lebih daripada aku mengingati ( ibadatku kepada) Tuhanku sehingga ( matahari)melindungi dirinya dengan tirai malam".(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya) " Bawa balik kuda itu kepadaku" Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu ( seekor demi seekor)'
(maksud ayat 31,32,33 surah Shod)


Ulat di pohon Akar Dani.
Mangga mula berbunga lagi.


Laman dapur yang sempit- ada terung, keledek, kamgkong. kesum, serai. keladi.

' Dan sungguh, Kami telah menguji Nabi Sulaiman dan Kami jadikan ( dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh ( yang lemah kerana sakit) kemudian dia bertaubat.
(maksuda ayat 34 surah Shod)
Mula warna unggu lepas tu bertukar warna.

' Katanya " Wahai Tuhanku, Ampunkanlah kesilapanku  dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya) yang tidak ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnianya.'
(maksud ayat 35 sutah Shod)
'' Maka (Kami kabulkan permohonnya itu lalu)  Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya ke arah mana sahaja yang hendak diitujunya.'
(maksud ayat 36 surah Shod)
Cili masih lagi subur.
' Dan ( Kami mudahkannya memerintah)  JIN syaitan ( ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan-bangunan dan yang menjadi penyelam ( bagi menjalankan kerja masing-masing). Dan Jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
(maksud ayat 37 surah Shod)


4, 5 daun cili mula bergulung. Ini cili baru.

''(Serta Kami katakan kepadanya)  " Inilah pemberian Kami (kepadamu) maka berkanlah (kepada sesiapa yang engkau suka) atau tahankanlah pemberian itu ( terserah kepadamu)dengan tidak ada sebarang hitungan ( untuk menyalahkanmu)'
(maksud ayat  39 surah Shod)

Keladi


Daun keledek. Daunnya jenis bercabang cantik.
'Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami. serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak.)
(maksud ayat 40 surah Shod)
Pokok yang 'tak berapa menjadi' kami pindahkan ke sini.
Tiba-tiba ada pokok kari tumbuh . Alhamdulillah. Benih dari mana ya?
Ros kampung dah mula menjalar.


Air mata pengantin berbunga baru. 






Hasil tuaian - cili dan peria dibuat ulam.


Saya campurkan hasil petikan daun bawang, kucai dan kangkong untuk dibuat cucur.
Alhamdulillah.

 Ya Allah, bantulah akan kami supaya dapat selalu menyebut namaMu, mengingati namaMu, bersyukur kepadaMu dan membaguskan ibadah terhadapMu.
Amin.

Sebarkan senyum sebarkan salam'
Cinta Allah Cinta Rasulullah.

5 comments:

Kamsiah yusoff said...

pertama kali tgk bunga airmata pengantin..unik namanya

Anonymous said...

pembetulan. nabi Daud.
suka tengok gambar tanaman yang cantik dan peringatan yang juga bermanfaat.

kaknor tmj said...

Alhamdulillah....hasil tuaian RTH telah dirasai

Dr Singa said...

saya rasa ulat hijau tu comel sangat!!!!!
walaupun jahat sebab makan daun Mamaju.. comel tapi!!


saya tau pokok bunga merah samar tu.. sekarang baru tau nama dia..
air mata pengantin.
indah namanya..
nak jugak tau apa ceritanya sampai dapat nama sebegitu..

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
seronok byk tanaman, segar dan hijau.

peria tu tersangatlah enaknya dibuat ulam cecah cili ungu yang pedas tu.

saya pun suka tengok ulat daun tu..
kalau dapat la kat saya, memang sah jadi sasaran lensa makro saya...
dr singa pasti setuju..