Sunday, October 13, 2013

OH LOTUSKU...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

' (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.'
(maksud ayat 28 surah Ar -Ra'd)


Akhirnya pagi ini lotus berkembang. Alhamdulillah.


Bahagian tengah ada biji benih. Ada yang kata goreng pun sedap!
Keadaan lotus ni macam berteraburkan.... saya tak usik...
Apa beza lotus dan water lily?
Lotus melonjak ke langit, batangnya tinggi.
Water lily hanya terapung.


Tak  tau lagi berapa lama hayatnya.
Tayang juga satu-satunya bunga kertas saya.
Bunga ni kerengga sangat suka. Penuh sarang kerengga. Rasa nak buang pokok ni...
Ini ros hibrid untuk emak saya. Saya baru beli sepasu dari nurseri.
Harapnya emak suka.

Yeh, yeh nak balik kampung.
Doakan moga selamat pergi dan balik.
Selamat menyambut Hari Korban.

-

Sebarkan senyum sebarkan salam.
Sebarkan silaturrahim.




5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat pulang ke kampung. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

azieazah said...

Saya pernah tengok kat tv, putik tengah bunga teratai tu dipotong dan boleh dimasak.

Hida Kadiso said...

eh ade org cakap bijik die tu goreng pon sodap..

JunAina said...

Kaum Cina pulak makan lotus root...hat tengah tu pun depa buat sup.

Saya tak sure sama ada batang water lily atau lotus kat tempat saya depa buat asam pedas. Macam masak keladi tu tp asam pedas utaralah.

Unknown said...

As sala mamaju,

Eid mubarak! Subhan'Allah... cantik..cantikkk... :)