Projek minggu ini. Saya menyemai biji timun. Semalam muncul hari ini dah tinggi! |
Lotus, pokok baru saya. Suka sebab nak berbunga... |
Pokok fern ni mengeluarkan buah, tak pasti boleh dibuat benih atau tidak. Pokok ini dibawa dari rumah lama 7 tahun dahulu! |
Cili berwarna unggu. Ia kecil sangat. |
Pokok anggur ini berusia 4 tahun, tapi saya tak pandai menjaganya.... |
Akar Dani/ Ranggon Creeper selepas hujan. Pokok ini terbiar ditepi pagar tanpa jagaan. |
Kasturi berbuah lebat. |
Pudina. |
Angin selalu bertiup kuat. Angin berbunyi ! Pokok di atas meja ni pun boleh jatuih tergolek. |
Pokok Dr Singa! |
Sepanjang masa semut suka di kudup bunga ini. |
Keembung. Nampaknya unggu mendominasi suasana. |
Cili . Masa untk menuai. Masak serentak ada dalam 10 biji. Kami tanam dalam plastik beg. |
Bunga markisa. Bunganya banyak tapi buah tak berapa nak jadi. Itulah. Alhamdulillah. Jom Cik Jah. kita ke kebun.... SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM. CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. |
7 comments:
cili ungu tu boleh dimakan ke Ju...
Salam,
Pokok markisa saya tak sempat berbuah habis kena tebas...hehehe
Asslamualaikum mamaju,
menjadi betul tanaman di republik taman hijau mama.
cili ungu tu saya suka sangat sebab pedasnya yang menyengat tu..
Apa ceritalah tanaman saya di kampung. Semoga subur di bawah pengawasan kakak!
Tanam dalam plastik beg tu senang nak ubah2 kan Mama Ju.
Pokok bunga orkid tu Dr Singa bagi ke Kak Ju? Cantik!!
bestnya kalau ambik gambar makro kat sini kak!!
kak zakie..
tak aahh..
:)
mamaju tau saya suka bunga tu!
pokoknya menjalar-jalar..
kalau letak kat balkoni.. pasti cantik!
Post a Comment