Sunday, September 15, 2013

KOLEKSI BUKU AYAH MERTUA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan jangalah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)
(maksud ayat 2 surah Al Maa'idah)
Satu hari saya pulang ke Kelantan.  Saya teringin membongkar buku/kitab-kita arwah ayah..
Saya pun selak-selak buku-buku di atas almari.
Banyak buku lama. Saya tak sanggup pula nak berlama-lama  almaklum rumah  tu  rumah tinggal.
Ini buku yang menarik perhatian saya. Buku bertajuk  'Bebarapa masalah yang menunjuki(/) bagi saudara yang baru belajar'. Isinya masih elok, boleh dibaca. Nampaknya buku ini kena dirawat untuk simpanan seterusnya.
Pelajaran permulaan.


Buku ; Senjata Mukmin' cetakan pertama. Buku ini masih lagi digunakan , banyak cetakan baru di kedai-kedai buku.
Antara kitab yang masih baik. Boleh dibaca lagi.
Ambil masa juga nak baca ni. Bahasa lama.
Kitab yang dah rosak.
Masa di Arkib dulu saya ada melihat staff merawat buku-buku lama.
-

Arwah ayah mertua saya adalah seorang guru agama. Bertahun-tahun beliau belajar pondok di Kota Bharu. Sempat bergurukan Tok Kenali.
Habis belajar beliau ditugaskan mengajar di Pondok Beris Kubur Besar, Bachok ketika mula-mula pondok ini di asaskan oelh Tuan Guru Ustaz Awang Noh.
Pondok ini sekarang dinamakan dengan Sekolah Menengah Agama Amir Indera Putra, Bachok, Kelantan.
-

Bagi peminat buku 'rare' dikatakan ada sebuah kedai buku-buku ini di Amcopp Mall, Petlaling Jaya.
Semasa Pesta buku dulu, saya ada berbual dengan peminat dan tuan punya kedai buku 'rare', menurutnya dialah yang akan membuka kedai tersebut.

Insyaallah saya akan membongkar lagi buku-buku ayah.

'Katakanlah, wahai Muhamad " Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya"
(maksud ayat 100 surah al Mai;dah)

SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.





4 comments:

afeezz said...

tak tau lah generasi sekarang ni boleh baca jawi ke tidak..

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mamaju,
Khazanah berharga yang perlu dipelihara dan dipulihara.

Dr Singa said...

simpan elok-elok kak!!

ha ah..
semalam saya nampak kedai tu di Amkop Mall
tak masuk tapi :(

Unknown said...

As Salaam.ada kah kitab2 ini ingin di jual?saya amat berminat utk membeli..sila email saya sidahkahsi@gmail.com