Sunday, September 15, 2013

APABILA SUAMIKU MEMASAK...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' Demi masa1 Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran'
(maksud surah al 'Asr)

Selepas menonton channel masakan, suami saya teringin memasak...Masakannya ' Rosemary crisp'
-
Mula-mula kenalah beli rosemary, beli yang segar sepasu RM 8 di nurseri.
Lepas tu suami kata nakkan temometer masakan. Pergi ke kedai bakeri. RM45!. Suami kata kena ada benda tu untuk ukur kepanasan sentiasa 180 darjah. Saya kata mahal.....sudahnya tak beli...

Bahan penting kentang, tapi tak ada  nama dalam  nama resepi....
Kentang dihiris nipis dengan alat khas. Masukkan ke dalam ice water. Simpan 1 jam di dalam peti ais.

Goreng rosemary seketika  hingga garing.
Suamiku sedang menggoreng rosemary.
Goreng kentang hingga garing.
Ramas rosemary.
Tabur di atas kentang.


Taraa.....( tergaringlah pulak..)
Rasanya sedap! sangat rangup, macam kentang yang dibeli dipasaraya.
Saya agak campuran ice water  itu memainkan peranan juga.
Alhamdulillah.
Tengukah lagi channel masakan.

Jom masak.

Ya Allah, sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, janganlah jadikan kami berterusan membiarkan sahaja masa berlalu tanpa mensyukuri nikmatMu itu ya Allah.
Ya Allah, kurinakann kami nikmat iman serta petunjukMu agar masa yang terluang tanpa manfaat itu tidak menjadi fitnah ketika menunggu hisabMu nanti.
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Hebat dalam mengaturkan masa untuk hamba-hambaMu.

-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam'
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

4 comments:

kaknor tmj said...

rajin cik suami Ju memasak, kak pun nak cuba rendam kentang dlm air ais dan simpan 1 jam

pt ส่าหรีสี said...

Beruntungnya mama.

afeezz said...

assalamualaikum mama

kalau hentang tu dilumur dengan rosemary kemudia digoreng mungkin laen rasanya... cube try test plak

Dr Singa said...

sib baik tak beli termometer tu kan!
jadik jugak!!