Thursday, September 12, 2013

AKHLAK RASULULLAH / PROJEK DI REPUBLIK TAMAN HIJAU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam buat Rasullullah SAW, Sahabat dan keluarga baginda.

Akhlak Rasulullah:
Rasulullah SAW adalah seorang pemaaf dan menjaga lidahnya dalam setiap keadaan - menurut Aisyah RA.
Beberapa sifat akhlak Rasulllah SAW - menurut Buku Biografi Agung Rasulullah SAW - Rusydi Ramli Al Jauhari- Mustread.

-Rasulullah SAW yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya.
 Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka kepada bau harum dan    tidak suka sesuatu yang busuk.

Projek baru nak mula.....
- Rasulllah SAW  yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah.
- Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya. Baginda marah hanya kerana larangan Allah
   yang dilanggar.
- Akhlaknya adalah akhlak al Quran.
Jom suka-suka di taman...

- Rasullullah SAW orang yang paling malu dan tidak menatap  lama wajah seseorang yang lain.
- Rasulullah SAW tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Jika disukai Baginda memakannya jika tidak suka maka Baginda akan meninggalkannya.


Mula-mula Madihah tanya mana Spora?
Saya belek-belek  belakang pokok Birdsnest. Ni dia......
Spora tu dah terbang merata-rata. Tu singgah di batang pokok limau, dah tumbuh anak birdsnest.
Faham ke?

- Rasulullah saw  orang yang paling tawadduk.
- Rasullah SAW  tidak pernah makan bersandar  dan tidak pernah makan berdiri. Baginda menyukai mmanisan, madu dan labu.
Kedondong terus berbuah. Selalunya suami saya akan kupas dan hiris nipis untuk senang makan...

- Rasulullah SAW tidak menerima sedekah hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil.
- Baginda biasa mengilap  kasutnya sendiri, menjahit pakaian , menziarahi orang sakit dan memenuhi undangan.



Cari apa...biasanya dia akan petik apa-apa yang dia suka...

- Rasullah SAW berjalan dengan cepat dan sentiasa tunduk ke bumi.
-Baginda paling banyak berzikir  dan berfikir. Sebelum tidur baginda ada wuduk dan berzikir hingga lena.
Air apa pulak ni?

- Rasulullah SAW suka menziarahi orang sakit dan sentiasa mengembirakan hati orang sakit dengan doa agar segera sembuh.
Panjat wakaf....
-Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan sesuatu yang merungsingkan hatinya  atau pun menyebabkannya marah, baginda hanya akan mengusap janggutnya dan diam.
Akhirnya - rupanya ini projek mereka. Bila masa cerek sakti saya diaorang keluarkan?

- Rasulullah SAW gemar bergurau tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah.

sulua

Seronok jadi orang dewasa!
- Rasulullah SAW tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.
Ada air sirap dari buah yang dipetik.
- Rasulullah SAW ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri dalam kesusahan.
Berjaya!
- Rasulullah SAW suka berpakaian putih dan lengan bajunya terkancing.
- Rasulullah SAW tidak banyak memiliki kesenangan dunia walau pun Allah memberinya kunci-kunci kekayaan dunia akan tetapi baginda memilih akhirat.
-
Tempat tidurnya diperbuat dari kulit yang diisi pelepah kurma.











- Rasulullah SAW sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

- Rasulullah SAW suka memanggil isteri-isteri dan sahabat dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.

- Baginda sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka.
Rewind- Kedatangan mereka memang sentiasa di tunggu-tunggu.

Alhamdulillah.

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.








4 comments:

Kakizan Omar said...

Alhamdulillah..

Dr Singa said...

banyak saya belajar tentang Baginda hari ini

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

comel2 budak2 tu..

Kakzakie said...

Tiada tolok bandingnya keperibarian baginda dgn kita umatnya.

p/s: Kakak pun ada cerek yg anak-anak dara comel tu main Kak Ju. Kakak beli di Mekah...