Monday, August 26, 2013

SILATURRAHIM DARI PERANCIS.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw.

'Dan jadikanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat seperti Nabi-nabi, para Sidiqqin, orang-orang Syuhada dan orang-orang soleh. Wahai Tuhan  kami, kurniakanlah apa yang Engkau janjikan terhadap kami atas utusan Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji'

Ini Sdr Imran bersama suami saya.
Beliau bersama isteri dan anak-anak adalah tamu pertama sampai pada malam itu.

He he saya pun cubalah sepatah kata bahasa perancis! walaupun bunyinya salah, Imran betulkan dan  terangkan maksudnya...
Anak Imraan Dara dan Sopie bersama sepupu mereka.
Bila saya berikan mereka buku Top Up , apa lagi mereka sangat gembira. Setiap kali helaian diselak setiap kali perkatan WOW terkeluar.
Mereka tiga beranak menggunakan bahasa Perancis. Bersama sepupu memahami melayu dan bersama ibu berbahasa Inggeris.
Sempat lagi Imraan membacakan buku dengan menterjemahkannya ke bahasa Perancia.
Malam itu memang rumah saya bergema dengan bahasa tu.
Saya gelak-gelak aje, habuk pun tak tahu...


Imraan adalah menanti En Jonid sepupu ayah saya.  Seronok bila mereka anak beranak 4,5 kereta bertandang ke rumah.
Ini menantu En Jonid juga. Saya mengenalinya ketika di Manchester dulu. 
Anak En Jonid-  


En Jonid, suami dan emak.
Setelah puas bermain, entah di mana silapnya Dara tiba-tiba duduk di bawah meja! siapa nak pujuk?



Makanlah...
Saya mengambil peluang membacakan salsilah keluarga. Baca kisah moyang pertama.
Saya juga tunjukkan kitab berbahasa jawa yang saya jumpa daipada koleksi ayah saya.



Bertanda macam bahasa Arab...
Dua sepupu.




Moga ukhwah terus berpanjangan.
Datang lagi....

Ya, Allah, jangan tinggalkan untuk kami suatu dosa melainkan Engkau ampunkan. Dan tiada aib melainkan telah Engkau tutup. Tiada suatu duka melainkan telah Engkau hilangkan. Tiada suatu hutang melainkan telah Engkau bayar.Tiada suatu hajat dari keperluan dunia atau akhirat yang Engkau telah meredainya dan kebaikan untuk kami melainkan telah Engkau tunaikan, wahai Tuhan yang M aha Penyayang.
Amin.


SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM 




4 comments:

kaknor tmj said...

assalam... Ju, cantik n comel anak perancis tu, alhamdullillah, ukhwah yg terjalin menampak keakraban kekeluargaan

Kakzakie said...

Ada yg kakak boleh terbaca ' wes telong puluh taun' hihi... pandai tak kakak baca tulisan jawa tu Kak Ju...

Dr Singa said...

saya sungguh tertarik dengan buku tu!!!!

atuk said...

Salam Syawal Mama Ju

macan fan asia anak2 mereka