Wednesday, August 14, 2013

SALAM 7 SYAWAL - ADIK-ADIK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan Tuhan berfirman " Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
(maksud ayat60 surah Al Mukmin Juz 24)

'Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.'
(maksud ayat 186 surah Al Baqarah Juz 2)

Hari Raya - semua berkumpul kecuali adik bungsu.
Saya anak sulung daripada lima beradik.
Dua perempuan dan tiga lelaki.
Ini  Sdr Mohd Jamiluddin dan Pn Kalthom. 

Pn Siti Radziah dan Sdr Abd Kadir.
Sdr Mohd Razi dan Pn Rohaya.



Bersama keluarga masing-masing.



Budak cute - Akram Muzafar Md Razi.


CERITA-CERITA RAYA ( 3)
Cerita Akram.

- Umur Akram 6 tahun...
Umur kakak? ( Tanya kepada kak Amirah)
17 tahun..
wow tentu baling bola dekat sungai jauh...!
Umur abang Akmal 16 tahun..
Tentu baling bola kat sungai jauh...
Umur kak Farah?
22 tahun.
Baling bola kat sungai jauh tak?
Tak, kakak pendek!

Ada orang umur dia 89 tahun...
Mcmmana nak sampai umur 1000 tahun? ( bla,bla,bla akhirnya Akram berlalu tanpa tunggu jawapan)

'Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan dari kami keburukan. Ya Allah kurniakan cahaya pada hati kami dengan nur hidayah sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.'

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH.


3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Warna warni di Hari Raya! Meriah beraya bersama adik beradik. Selamat berpuasa 6. Ataupun dah selamat?

Kakcik said...

Assalamualaikum dan Salam Syawal, Pn. Juhariah

daripada

Pn. Juariah


hehehe....

Dr Singa said...

Salam Aidil Fitri MamaJu!
sedondon semua!!!

hari ni baru masuk kerja.. :)