Monday, August 5, 2013

SALAM 28 RAMADAN - DUA SHEIKH DAN PULANG KE KAMPUNG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Whai Tuhan kami, Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan kami mengikut RasulMu. Oleh itu masukkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi ( yang mengakui keesaan Mu dan kebenaran RasulMu'
(maksud ayat 53 surah A Li 'Imraan)


Alhamdulillah. Ramadan ini dapat kami bertemu dengan dua sheikh dari Mesir.
Pada 24 ramadan kemarin , kami berpeluang berimamkan terawih bersama Sheikh Asraf Hamad Hassanin Mohamad. Beliau adalah Imam Jami' Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Beliau dijemput ke majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar dan Kumpulan IBEX.
Kami berbesar hati dijemput sama ke majlis ini. Turut sama menaja majlis ini ialah bekas Duta Msia ke Mesir Dato Dr Fakruddin. Majlis ini dihadiri sama oleh teman-teman rapat, anak-anak cacat pendengaran ( saya tak sempat mendengar mereka mempersembahkan bacaan Al Quran - Yayasan Fakeh) juga remaja dari Persatuan Orang Buta.


Cukup terharu ramadan ini hampir setiap hari menemui Sheikh Ahmad Samy Abd Rahman Al Fekri yang mengetuai sembahyang terawih di Masjid Besi. Sheikh dikhabarkan dari Universiti Al Azhar, Mesir.
Alhamdulillah.

Insya Allah kami akan pulang ke kampung selepas sahur dan subuh di Masjid Besi 28 ramadan.
Moga perjalanan kita selamat pergi balik. Amin.
Selamat dan dalam redha serta keampunan Allah semuanya. Amin.

'Cukuplah Allah untuk ( menolong ) kami . Ia sebaik-baik pengurus ( yang terserah segala urusan kami).'
(maksud ayat 173 surah A Li 'imraan)

6 comments:

Dr K said...

Memang sebulan Ramadan ni Mama Ju sekeluarga ke Masjid Besi utk isyaq & terawih ye? alhamdullilah....

Selamat hari raya buat mamaju sekeluarga...maaf zahir batin

azieazah said...

Tiada kata secantik bahasa,
Tiada kad seindah Kad Raya,
Andai tersalah tingkah dan kata,
Marilah bermaafan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA,
Maaf Zahir Batin.
Ikhlas penuh kasih, Azie

atuk said...

Salam Ramadhan Mama Ju

saya doakan agar selamat dalam perjalanan serta dipermudahkan

rezeki said...

Salam mama ju

Alhamdulillah

Mama ju dan family raya kat mana tahun ni

Kwsempatan ini saya ingin menyusun 10 jari mohon kemaafaan sempena kedatangan syawal , semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah

Insyallah

kaknor tmj said...

selamat menyambut hari raya Ju, semoga amalan2 kita diterima Allah, maaf zahir batin dan salam sayang dr kak

Danziz said...

ada tak rakaman dia baca surah2 ni semua? sy sangat suka akan bacaan sheikh