Saturday, July 27, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU PROF KAMIL IBRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya orang-orang lelaki yang ISLAM serta orang-orang perempuan yang ISLAM dan orang-orang lelaki yang BERIMAN serta orang-orang perempuan BERIMAN dan orang-orang lelaki yang TAAT serta orang-orang perempuan yang TAAT, dan orang-orang lelaki yang BENAR serta orang-orang perempaun yang BENAR dan orang-orang lelaki yang SABAR serta orang-orang perempuan yang SABAR dan orang-orang lelaki yang MERENDAH DIRI (kepada Allah) serta orang-orang perempaun yang MERENDAH DIRI( kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang BERSEDEKAH serta orang-orang perempuan yang BERSEDEKAH dan orang-orang lelaki yang BERPUASA serta orang-orang perempuan yang BERPUASA dan orang-orang lelaki yang MEMELIHARA KEHORMATANNYA serta orang-orang perempuan yang MEMELIHARA KEHORMATANNYA dan orang-orang lelaki yang MENYEBUT NAMA ALLAH BANYAK-BANYAK serta orang perempaun yang MENYEBUT NAMA ALLAH BANYAK-BANYAK - ALLAH telah menyediakan bagi mereka semuanya KEAMPUNAN DAN PAHALA yang besar.'
(maksud ayat 35 surah Al Ahzab Juz 22)


Alhamdulillah, bertempat di Kelab Golf Kuala Lumpur di Bukit Kiara telah berlangsung majlis pelancaran buku Ilmu Kehidupan.
Buku ini ditulis oleh Prof Kamil, Dato  Dr Zaini, TH Sabtu, Hjh Roza dan Pn Norazma.
Majlis di tingkat 1.
Selain Prof Kamil dan Hjh Roza yang telah dikenali ramai, berikut secara ringkas biodata penulis lain.
Dato Dr Zaini Arif seorang ahli perniagaan dalam bidang perkhidmatan kewangan islam, kejuruteraan pembinaan dan pengedaran barangan perubatan
Tn Hj Sabtu Md Ali seorang pesara kerajaan, kini terlibat sebagai Penasihat korporat.Beliau berkelulusan dalam kejuruteraan Eletrik Universiti Portsmouth, England dan MBA dari Universiti Ohio, US.
Pn Noor Azma Mohamad Khassim dari Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin UM, Sarjana Ilmu Wahyu UIA. PhD dari Pengajian Hadis Universiti Al Quran Al Karim , Sudan.

Beratur untuk membeli buku Ilmu kehidupan. Ada diskaun, RM 35. Harga sebenar RM 45.

Ada beberapa minit sebelum majlis bermula. Ambil peluang bergambar dengan penulis - Hj Sabtu, Dato Zaini dan Prof Kamil.
Majlis bermula jam 9 pagi. Dewan kemudiannya penuh sesak, kerusi ditambah dan ada yang duduk di lantai. Subhanallah.

Majlis bermula dengan doa, tazkirah dari Prof Kamil.
Jam 10 majlis pelancaran oleh Prof Dr Mohaya.





Majlis tandatangan bermula. Beratur panjang....

Farahlah kena beratur..

Ada nasyid semasa majlis tandatangan.


Suka tengok Noor Azma- orangnya kecil molek sentiasa senyum.
Pakar hadis.
Terjumpa Taj dan Hanis kawan FB.

Di luar dewan.

Alhamdulillah


SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.

1 comment:

Dr Singa said...

assalamualaikum kak..

moga ceria di pagi ini..