Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
|
Saya ke majlis akad nikah Cikgu Muhaimin anak sepupu suami saya.
Mereka dari Kelantan dan bernikah dengan orang Batu Pahat.
Tak jauh dari kampung saya.
Gambar saya bersama ibu pengantin lelaki dan album mas kahwin. |
|
Ini pengantin perempuan. cikgu mengajar di Ulu Tiram. Cikgu Muhaimin mengajar di Mersing.
|
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
|
Bagus juga anak-anak tengok upacara akad nikah. Satu pengalaman baru.
Di Johor upacara ni agak panjang.
-
Mula imam berurusan dengan pengantin lelaki. |
|
Lepas tu imam tanya pulak dengan pengantin perempuan. Kemudian pengantin perempuan memberi izin kepada bapa untuk menikahnyanya. |
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
|
Selesai akad, imam pangil pengantin perempuan dan kedua ibu bapa ke depan. |
|
Baca taklik di hadapan isteri. |
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
|
Menyerahkan mas kawin. Cigku Muhaimin tak ikut cara Johor, dia bawa adat Kelantan dengan RM 1000. |
|
Lepas tu ada acara ucapan serah menyerah tanggungjawab dari ibu bapa pengantin perempuan. Berjurai air mata mendengar kata-kata ibu! ( semuanya pakai teks! ) |
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)
|
Hadiah daripada suami tercinta. |
|
Lega dah selesai. |
|
Surat Nikah. |
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
Gambar pengantin bersama keluarga pihak lelaki. Ibu ayah Ustaz Zinin dan Ustazah Rubiyah dan adik-adik.
|
Sayu pangantin melihat ibu ayahnya. |
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
|
Pengantin balik seorang diri dengan kereta. |
|
Pak Imam. Tepat jam 8.00 dia dah sampai, masa tu pengantin pun tak ada....
Alhamdulillah.
-
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH. |
2 comments:
Sebab tu masa adik ipar nikah di Bt. Pahat, saya tak ikut ke masjid..lambat benor..lagipun masa tu ada nak kecil..tunggu di rumah je...
kalau kat KL Selangor ni ade khutbah nikah...
Post a Comment