Friday, March 29, 2013

JEJAK WARISAN KUALA LUMPUR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Wahai Tuhan kami1 Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka'
(maksud ayat 16 surah A Li Imraan)
Jom kita jejak-jejak kaki. ke sini.
Ini berhampiran Galeri  Kuala Lumpur.
Peta besar ini lengkap dengan tarikh bangunan bersejarah dibina.
Kami teruja!

Nama lama jalan-jalan di Kuala Lumpur.

Perubahan bentuk bangunan.
Rumah Persekutuan dirasmikan pada 1954. Menempatkan pejabat kerajaan dan bangunan Radio Malaya 1959.
Suami saya berpejabat di sini juga satu masa dulu.(Bahagian Agama KPM)
Pokok tua di jalan Bkt Aman.

Bangunan lama di tepi jalan Sultan Hishamuddin. Pejabat JAWI.
Ini bahagian belakang, bawah bahagian sisi.


Bangunan ini dikategori sebagai bangunan warisan.

Dari JAWI ke  Restoran Warisan dan kini akan di perbaiki lagi.

Di belakang bangunan ini ada Galeri Kuala Lumpur. Masuk percuma.
Ini juga bangunan warisan. Dulunya bangunan pos.
Membawa anak-anak mengenal sejarah tempat tinggal mereka.


Di belakangnya ialah bangunan Perpustakkan Kuala Lumpur.
Ke kiri sedikit ialah Dataran Merdeka. Ada Bendera  Malaysia terbesar1

Di atas 'pentas' ada gambar KL dulu dan gambar Tuanku Abdul Rahman sedang melaungkan Merdeka!


Di sinlah upacara kemerdekaan diadakan. 1957.
Semuanya daripada marmar.
 Bangunan Sultan Abdul Samad.
1897.


Bahagian tepi. Kosong dan tidak terjaga.

Kami menuju ke Masjid Jamek Kuala LumpurAntara bangunan Warisan. 1909.
Masjid sedang dalam proses penambahbaikan.
Ala, saya kurang sukalah dengan warna kubah- nampak baru! hilang warna asli!
Kami bergerak ke Jalan Ampang dan Jalan Tun HS Lee.
Bangunan lama masih banyak.
Kedai runcit dulu-dulu pun ada.

Jalam masuk ke HS Lee.

Semua kedai lama.



Antara banguan yang telah diubah menjadi hotel di jalan Ampang.


Jom jejak-jejak lagi.


'Wahai Tuhan kami1 sisihkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penepatan dan tempat tinggal yang amat buruk '
(maksud ayat 65. 66 surah al Furqan)

CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.
SEBARKAN SALAM DAN SEMARAKKAN AMAL/









3 comments:

tenku butang said...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Hjh Noralenna Abbas said...

Rajinnya...terima kasih, at least saya dapat info.

afeezz said...

dah lama benar saya tak ke kawasan ni...